Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gangguan Tren Intercity Pantai...

KOTA BHARU - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjangkakan gangguan perkhidmatan tren Intercity...

Seorang Individu Berisiko Buta...

JOHOR BAHRU - Sekurang-kurangnya seorang individu di negeri ini berisiko mengalami kebutaan setiap...

Akses Internet Terhad, Pelajar...

BATU KAWAN - Pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar seperti di Kampung...

Kampung Sahabat Tarik Perhatian...

SIAPA sangka hanya menggunakan telefon bimbit, pemuda ini dapat menghasilkan gambar cantik sehingga...

5 Konflik Global Yang Berlanjutan Selepas Perang

PEPERANGAN yang berlaku akibat dari perselisihan yang tiada kata sepakat telah mengorbankan banyak nyawa dan kerugian besar dialami bagi beberapa pihak yang terlibat sehinggalah sebelah pihak mengaku kalah.

Walaupun permusuhan berakhir dengan gencatan senjata namun, perjanjian damai di antara dua belah pihak yang tidak disepakati telah mencetuskan konflik dalaman dan luaran yang berpanjangan.

Menurut BBC News, terdapat beberapa perang bersenjata telah berjaya dihentikan mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan konflik antara dua negara.

1. Rusia dan Jepun

Setelah Perang Dunia Kedua tamat, berlaku konflik antara dua negara Asia ini apabila Rusia menyatakan kedaulatannya terhadap Kepulauan Kuril yang telah diiktiraf dalam perjanjian pasca perang, tetapi Jepun menolak kenyataan tersebut dan bertegas menuntut hak mereka.

Lebih mengeruhkan lagi apabila kesatuan Soviet tidak menandatangani perjanjian damai 1951 antara Jepun dan Kuasa Bersekutu.

Persetujuan bersama tercapai apabila Rusia telah menandatangani pengistiharaan bersama bagi memulihkan hubungan diplomatik pada 1956. Namun, isu-isu wilayah telah menafikan kesimpulan perjanjian damai tersebut.

Isu Pulai Kuril yang berlanjutan menyebabkan berlaku jurang antara dua negara sebelah-menyebelah ini yang memberi kesan terutamanya dalam hubungan ekonomi antara dua pihak.

2. Pihak Bersekutu dan Jerman

Setelah Jerman menyerah kalah dalam perang dunia kedua pada Mei 1945, pihak bersekutu telah memecahkan wilayah Jerman kepada dua bahagian, Jerman Barat ditadbir oleh Amerika Syarikat, Britain dan Perancis manakala Jerman Timur ditadbir oleh Kesatuan Soviet yang dipisahkan melalui Tembok Berlin.

Perpecahan ini semakin merumitkan lagi keadaan yang berlaku di Jerman terutamanya semasa Perang Dingin (1947-1941) yang menjadi kesengsaraan hidup buat rakyat Jerman.

Akhirnya, dua wilayah ini berjaya disatukan apabila runtuhnya Tembok Berlin pada 1989 yang menjadi tirai besi sebelum ini antara dua wilayah Jerman.

3. Montenegro dan Jepun

Montenegro mengambil masa hampir satu abad untuk membuat perdamaian dengan Jepun setelah menyokong Rusia dalam perang Rusia-Jepun 1904-1905 yang berakhir dengan kemenangan buat Jepun.


Kata sepakat antara Montenegro dan Jepun berjaya dicapai pada tahun 2006 apabila Montenegro mengisytiharkan dirinya merdeka secara rasmi dari Rusia pada 3 Jun 2006.

Negara di semenanjung Balkan ini akhirnya bersetuju dengan perjanjian damai yang membolehkannya menjalin hubungan diplomatik dengan Jepun.

4. Belanda dan Kepulauan Scilly (England)

Pada tahun 1651 di akhir Perang Saudara Inggeris, armada Belanda memihak kepada anggota Parlimen bagi menentang raja dengan kemenangan berpihak kepada anggota Parlimen.

Belanda telah menuntut ganti rugi atas kerosakan armada mereka yang berpangkalan di Scilly. Namun tuntutan Belanda tidak dipenuhi apabila pulau tersebut masih berada di bawah kekuasaan Britain sehinggalah Belanda terpaksa akur meninggalkan pulau itu.

350 tahun kemudian, sejarah ini telah diangkat semula oleh seorang penduduk kepulauan Scilly yang merupakan ahli sejarah, Roy Duncan, yang menyebabkan lawatan ke pulau berkenaan oleh duta Belanda bagi menandatangani perjanjian damai pada 1986.

5. Rom Kuno (Itali) dan Carthage (Tunisia)

Pada 146 Sebelum Masihi semasa Perang Punic, tiada perjanjian damai setelah tentera Rom berjaya merampas dan memusnahkan Carthage.

Lebih 2,100 tahun kemudian iaitu pada tahun 1985, Datuk Bandar Rom Moden dan Perbandaran Carthage di sebuah pinggir bandar Tunis telah menandatangani perjanjian damai dan persahabatan antara dua pihak.

Kesudahan bagi peperangan yang berlaku antara kedua-dua belah pihak tanpa persetujuan bersama telah menimbulkan konflik yang berpanjangan.

Sehingga kini, peperangan masih berlaku terutamanya di timur tengah yang dilihat seperti tiada kesudahan. Kezaliman yang berlaku ke atas manusia dengan membunuh insan-insan yang tidak berdosa sepatutnya diadili dengan betul tanpa berat sebelah. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori