Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Lebih 4 Juta Wanita...

MAKKAH - Bilangan wanita Arab Saudi yang melepasi usia berumah tangga mencecah empat...

Kayveas Mahu Selamatkan Kerusi...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia, (MyPPP) Tan Sri M. Kayveas...

Abang Meninggal Dunia, Aisya...

PELAKON drama Romi Cinta Julia, Aisya Hasnaa mengesahkan dirinya kini sudah bertudung litup...

Syabas Lancar Operasi Bil...

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menasihatkan pengguna agar...

5 Sebab Berita Palsu Mudah Tersebar

BERITA palsu yang ringkas, mudah dibaca, memenuhi nafsu dan sentimen pembaca, cepat menjentik emosi dan menggemparkan, mudah tersebar dengan cepat dan meluas.

Disebabkan kemudahan teknologi maklumat dan gaya hidup semasa yang pantas menyebabkan cebisan-cebisan berita ini mudah diterima dan disebar.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan berita palsu mudah tersebar, daripada kemudahan teknologi hingga faktor manusia yang menggunakan teknologi.

Lima faktor ini ialah antara yang paling utama membantu penyebaran berita palsu.

1. Media Sosial dan Aplikasi Mesej

Isi utama media sosial ialah mesej ringkas, sama ada berbentuk tulisan, berita, gambar dan sebagainya. Bahan seperti ini mudah dibaca dengan pantas, difahami dan kemudian disebar. Inilah salah satu mesej yang banyak memenuhi kumpulan WhatsApp.

2. Mudah Terpedaya

Memang ada pengguna media yang mudah percaya apa sahaja yang dibaca. Golongan ini tidak akan memeriksa kesahihan sama ada kerana malas atau tidak mampu kerana kurang ilmu. Lagi sensasi, lagi tertarik mereka pada berita tersebut.


3. Populariti

Berita palsu sering disebar kerana menjadi satu sumber hiburan kepada sesetengah orang. Sikap sukakan bahan-bahan troll seperti mengejek, menyindir parti politik atau pemimpin yang mereka tidak suka menyebabkan berita palsu popular.

4. Tidak Celik Media

Celik media (media literate) ialah kualiti yang perlu dipelajari untuk memahami mesej yang disampaikan. Ini penting apabila berita yang diterima tidak mudah dikenali sebagai berita palsu, seperti berita fitnah daripada portal media.

5. Tiada Undang-Undang

Selama ini, berita palsu mudah disebar kerana penyebarnya tidak rugi apa-apa keranan menyebarkannya, dan jika silap pun, tidak ada hukuman dikenakan. Akta Antiberita Tidak Benar 2018 akan membantu menyekat penyebaran berita palsu dengan mengenakan hukuman terhadap mereka yang bersalah. – Mynewshub.cc

Kategori