Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

SAMB, SAINS Meterai Perjanjian...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan pemeteraian...

Virus Zika: Gabenor Florida...

TAMPA, Florida - Gabenor Florida, Rick Scott mengisytiharkan darurat kesihatan awam di empat...

Kit Siang Beri Harapan...

IPOH – Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hanya memberi harapan palsu kepada...

Waspada Dengan Agenda Dr...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan...

50% Isu Tanah Di Baling Diselesaikan Dalam Masa Terdekat

BALING – Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yakin 50 peratus kes pemilikan tanah yang dihadapi penduduk di kawasan parlimen itu akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Katanya sehingga kini terdapat kira-kira 1,200 kes yang belum selesai termasuk tanah Felcra, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah serta Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Bakinya akan diselesaikan sekiranya Barisan Nasional terus diberi mandat,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) kepada penduduk Kampung Dara Sungai Tawar, di sini hari ini.

Beliau juga berkata isu pemilikan tanah tersebut akan dijadikan sebahagian petunjuk prestasi utama BN kawasan itu pada masa depan.


Pada majlis hari ini, 133 penduduk menerima LPS selepas menetap di perkampungan tersebut lebih 30 tahun. – BERNAMA

Kategori