Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Gelandangan KL Sertai Program...

KUALA LUMPUR - Lebih 100 orang gelandangan di sekitar ibu negara menawarkan diri...

Video: Cantik Ke Kalau...

PEMBEDAHAN plastik dengan wanita Korea Selatan sememangnya tidak dapat dipisahkan, ia seakan sudah jadi...

Wanita Maut, Rempuh Belakang...

KUANTAN - Seorang wanita maut manakala menantunya cedera apabila kereta dinaiki mereka merempuh...

Pek Baharu Jenama Lampin...

SEORANG wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kualiti terbaharu satu produk lampin...

5,468 Borang Pencalonan Dijual Setakat 23 April

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjual sebanyak 5,468 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) setakat semalam.

SPR dalam kenyataan hari ini menyatakan bahawa sebanyak 1,836 daripadanya adalah borang pencalonan bagi kerusi Parlimen dan 3,632 adalah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebanyak 84 borang pencalonan dijual di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan 248 borang dijual di Sarawak.

Sabah dan Labuan mencatatkan penjualan borang yang tertinggi iaitu 1,070 (344 Parlimen, 726 DUN) diikuti Selangor 657 (192 Parlimen, 465 DUN), Johor 613 (234 Parlimen, 379 DUN), Pulau Pinang 579 (133 Parlimen, 446 DUN) dan Perak 528 (153 Parlimen, 375 DUN).

Di Kedah, sebanyak 117 borang pencalonan Parlimen dan 273 DUN telah dijual, Terengganu (64 Parlimen, 210 DUN), Kelantan (69 Parlimen, 194 DUN), Pahang (68 Parlimen, 179 DUN), Negeri Sembilan (39 Parlimen, 136 DUN), Melaka (24 Parlimen, 108 DUN) dan Perlis (22 Parlimen, 96 DUN).

Menurut SPR, sebanyak 45 borang pencalonan Parlimen dan 45 borang pencalonan DUN turut dijual di ibu pejabatnya di Putrajaya.


SPR menetapkan hari mengundi PRU14 pada 9 Mei, penamaan calon pada 28 April manakala pengundian awal pada 5 Mei.

Jumlah kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini masih kekal seperti PRU13 iaitu 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPR

Kategori