Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Perkongsian Cerita… Sujud Seorang...

LELAKI ini mesra disapa sebagai Abang Long, merupakan seorang penulis yang kini berada...

Gerhana ‘Ring Of Fire’...

SEBAHAGIAN besar Asia akan mengalami gerhana matahari separa hari ini selain beberapa kawasan...

Tiga Kedai, Sebuah Rumah...

ALOR SETAR: Deretan tiga buah kedai dan sebuah kediaman musnah dalam kejadian kebakaran...

Hubung Kait Wangian Kegemaran...

LAIN orang, lain seleranya.Begitu jugalah dari segi jenis wangian kegemaran bagi setiap individu.Ada...

Lagi Mangsa Penipuan ‘Jenny’ Tampil Buat Aduan

KUANTAN – Polis Pahang menerima lima lagi aduan penipuan wanita bernama ‘Jenny’ berhubungan tawaran rumah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang yang tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata semua mangsa yang berusia dalam lingkungan 26 hingga 54 tahun itu membuat aduan di balai polis di daerah ini semalam.

“Suspek yang dikenali sebagai Jenny didakwa menawarkan tawaran rumah PR1MA Pahang dengan mendakwa dirinya mengenali orang dalam pejabat kerajaan yang boleh mendapatkan rumah itu.

Ada mangsa yang diperdayakan apabila suspek mendakwa dirinya sebagai ejen jualan kepada projek perumahan PR1MA, “ kata beliau.

Suspek akan meminta mangsa menyerahkan wang antara RM1,000 sehingga RM3,500 kepadanya yang kononnya sebagai deposit untuk mendapatkan rumah itu, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Mohd Wazir menambah mangsa dijanjikan akan mendapat rumah yang antaranya didakwa di Indera Sempurna di sini, selepas Tahun Baharu Cina atau Mac lepas, namun sehingga kini tidak ditunaikan suspek.

Dua hari lepas, Mohd Wazir mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 31 tahun di Taman Tas di sini, kerana disyaki menipu 71 mangsa dengan menawarkan mereka rumah PR1MA Pahang, melibatkan kerugian berjumlah RM84,000.

Mohd Wazir menambah suspek yang sudah berkahwin itu akan didakwa di mahkamah esok.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda. – BERNAMA

Kategori