Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

HFMD: 2 Lagi Sekolah...

GEORGE TOWN - Dua lagi sekolah termasuk sebuah sekolah yang sebelum ini hanya...

Tikam Rakan Kerana Dadah,...

NEW YORK - Seorang lelaki ditahan pada Jumaat selepas didakwa menikam rakannya sehingga...

10 Maut Dalam Serangan...

BEIRUT - Serangan di wilayah Afrin, utara Syria semalam mengorbankan 10 orang, kebanyakannya...

2 Juta Set Top...

KUALA LUMPUR - Sejumlah dua juta set "top box" akan dibekalkan secara percuma...

6 Pekerja Migran Myanmar Maut Nahas Bas Di Thailand

BANGKOK – Enam pekerja migran warga Myanmar terkorban manakala 17 orang lagi cedera apabila kenderaan dua tingkat yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di wilayah Tak, berhampiran sempadan Thailand-Myanmar hari ini.

Kemalangan awal hari itu adalah kemalangan maut kedua membabitkan pekerja dari Myanmar, berikutan tragedi pada bulan lepas di Nakhon Ratchasima, mengorbankan 20 orang apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar selepas berlaku kemalangan.

Menurut media tempatan di sini hari ini, kemalangan itu berlaku di Lebuhraya 12 (Tak-Mae Sot) di Ban Mae Ta apabila bas yang dinaiki 52 penumpang sedang menghala ke sebuah kilang di wilayah Chachoengsao di selatan tengah Thailand.

Pemandu bas yang terselamat dalam kemalangan itu memberitahu pegawai kecemasan tempatan, dia gagal mengenakan brek semasa bas itu sedang menuruni kawasan curam di lebuh raya, mengakibatkan kenderaan itu merempuh longkang konkrit lalu terbalik.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran.


Antara empat hingga lima juta pekerja migran terutamanya dari Myanmar, Laos dan Kemboja ketika ini bekerja di Thailand. – BERNAMA

Kategori