Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dua Tahun Bayi Ini...

SEORANG kanak-kanak telah menderita kesakitan setiap kali dia diletakkan di car seat ketika...

KJ Sudah Ada Bayangan...

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan sudah mempunyai jumlah...

Isu Bagasi: Tiada Lagi...

KUALA LUMPUR - Tiada lagi penangguhan penerbangan disebabkan masalah pengendalian bagasi di Lapangan...

Tak Nak Mengalah, Ahso...

VIDEO seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang berada dalam keadaan marah menjadi tular...

6 Sekeluarga Nyaris Maut Rumah Dihempap Pokok

AYER TAWAR – Enam sekeluarga nyaris maut apabila rumah papan dua tingkat mereka dihempap pokok sawit yang tumbang di Kampung Banjar, Beruas, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Mohamad Azlan Mahiyidin berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.40 petang, sebelum sebuah jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian bagi memotong pokok tumbang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati pokok sawit tersebut menghempap bahagian kiri rumah tersebut dan meranapkan bilik tidur mereka.

“Bagaimanapun, ketika kejadian, kesemua enam sekeluarga termasuk dua warga emas berumur 70-an berada di bahagian bawah rumah tersebut dan tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Mohamad Azlan berkata pokok sawit berkenaan dipercayai telah mati dan berusia lebih 20 tahun menyebabkan ia reput dan mudah tumbang.

“Semasa kejadian, cuaca dalam keadaan baik. Jumlah kerugian dianggarkan hampir RM3,000 dan kerja-kerja memotong pokok selesai pada 4.30 petang,” katanya. – BERNAMA

Kategori