Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

“SPR, Kenapa Sekarang Boleh...

KUALA LUMPUR – Langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sedia berbincang dengan kerajaan...

Usaha Cari MH370 Tetap...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan usaha...

Anwar Kemuka Usul Tamat...

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau mengemukakan rayuan...

Jurutera Rugi RM61,450 Ditipu...

ALOR SETAR: Seorang jurutera kerugian RM61,450 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang...

60 Minit Menahan Perit Tersepit Di Bawah Myvi

MEMANG azab yang terpaksa ditanggung oleh seorang pejalan kaki selama satu jam apabila mangsa tersepit di bawah sebuah kereta Perodua Myvi setelah melanggar dirinya.

Insiden berlaku di hadapan Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur kira-kira pukul 7.10 pagi tadi melibatkan mangsa berusia 30-an itu terpaksa menanggung keperitan sebelum berjaya diselamatkan pihak bomba.

Pengarah Bomba Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.15 pagi dan sampai ke lokasi 10 minit kemudian mendapati lelaki tersepit di bawah Perodua Myvi yang terbabas ke bahu jalan.

“Usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit terpaksa dilakukan dengan berhati-hati dan mengambil sedikit masa kerana bimbang berlakunya tumpahan minyak.

“Kita juga bimbang akan menghadapi kecederaan yang lebih teruk terhadap mangsa jika berlaku kesilapan ketika kerja mengangkat kereta itu,” ujarnya menurut portal online tempatan.

Sumber: Harian Metro

Mangsa mengalami cedera parah tetapi berjaya dikeluarkan dengan selamat sekitar pukul 7.50 pagi.


Pemandu lelaki dan penumpang wanita Myvi berkenaan kedua-duanya dalam lingkungan 30-an hanya mengalami kecederaan ringan.

Bagaimanapun identiti ketiga-tiga mangsa belum dimaklumkan pada pihak media. Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori