Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Turun Cukai, Naikkan Subsidi...

KUALA LUMPUR - Permintaan supaya kerajaan menurunkan kadar cukai dan pada masa yang...

Bekas Tentera Diberkas Serang...

KUALA TERENGGANU - Seorang bekas tentera diberkas selepas cuba merampas senapang daripada seorang...

MCA Pecat 12 Anggota...

ALOR SETAR - MCA memecat 12 anggotanya selepas didapati melakukan tindakan bercanggah dengan...

Majlis Iftar Gay Terbesar...

JIKA sebelum ini kecoh apabila ada pihak mahu mengadakan perarakan kesedaran mengenai isu...

60 Rumah Penduduk Miskin Dibaik Pulih Di Kelantan

GUA MUSANG – Jabatan Penerangan Kelantan membelanjakan RM1 juta bagi membaik pulih 60 rumah penduduk miskin di bawah Program Menghubung Menyatu (CTU) Perluas Skop di negeri ini sejak tahun lepas.

Pengarahnya, Azahar Ismail berkata kerja membaik pulih rumah itu dibahagikan kepada dua fasa di mana 30 rumah dalam fasa pertama dibaik pulih tahun lalu manakala baki 30 rumah lagi dibaik pulih awal tahun ini.

“Ada juga rumah penduduk miskin yang terlalu uzur dan tidak boleh dibaiki maka kita bina rumah baharu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sebuah rumah yang siap dibaik pulih kepada pemiliknya, Mohd Zaki Che Nor, 36, di Kampung Lepan, Jaya di sini, hari ini.

Beliau berkata pelaksanaan program itu adalah atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya semua agensi dan jabatan kerajaan turun padang bagi membantu rakyat yang memerlukan pelbagai bantuan termasuk rumah.


Sementara itu, Mohd Zaki, yang bersyukur dengan bantuan berkenaan, berkata beliau tidak mampu untuk membina sendiri rumah yang lebih selesa berikutan pendapatan upah menjaga kebun getah penduduk hanya sekadar cukup belanja makan keluarga.

“Saya tidak sangka terpilih dalam program ini dan bersyukur kami sekeluarga dapat tinggal di rumah baharu yang lebih selesa yang dilengkapi dua bilik tidur serta dapur,” katanya yang mempunyai seorang isteri dan enam orang anak. – BERNAMA

Kategori