Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 15 Orang...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan 15 individu termasuk lima warga asing dalam Op...

Gelanggang Futsal Di Setiap...

KUANTAN - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat mewujudkan satu...

DAP Kata Johor Bukan...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa Johor yang selama 56...

GAMBAR: Keadaan Banjir Di...

Susulan limpahan air Sungai Kelantan sejak awal pagi semalam, bandar Kota Bharu mula...

7 Fakta Penting Pembunuhan Dr. Fadi al-Batsh

PEMBUNUHAN jurutera asal Gaza, Palestin di Kuala Lumpur pada Sabtu, 21 April lalu bukan satu kejadian pembunuhan biasa, tetapi kelihatan seperti satu pembunuhan tersasar yang dirancang lama.

Dr. Fadi al-Batsh ditembak ketika berjalan kaki dari rumahnya ke sebuah surau berdekatan untuk menunaikan solat Subuh.

Latar belakang kehidupan beliau dan reaksi daripada kumpulan pejuang Palestin menunjukkan yang Dr. Fadi ialah seorang yang penting kepada perjuangan menentang Israel.

Tujuh fakta ini menjelaskan betapa besarnya kes pembunuhan ini.

1. Malaysia Jadi Tumpuan

Mata pihak asing tertumpu pada Malaysia yang menjadi tempat warga Palestin ini tinggal. Musuh Palestin menganggap Malaysia melindungi orang Palestin. Media Israel juga melaporkan Malaysia jadi tumpuan pemuda Palestin mendapat latihan teknologi yang boleh digunakan dalam perang. Hamas pada Disember lalu telah meminta Malaysia membantu dalam usaha menentang tindakan mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.

2. Peranan Agen Asing

Perisikan Israel didakwa terlibat kerana cara operasi pembunuhan Dr. Fadi ini. Pengumpulan maklumat tentang pergerakan Dr. Fadi diperlukan, di samping perancangan operasi termasuk laluan melarikan diri. Petunjuk semua mengaitkan pertubuhan besar yang mempunyai sumber yang cukup untuk melaksanakannya.

3. Keluarga Pejuang

Dr. Fadi datang dari keluarga pejuang menentang Zionis di Gaza, Palestin. Sepupunya, Khaled al-Batsh ialah seorang pemimpin pertubuhan Jihad Islami, sebuah lagi organisasi menentang Israel di Gaza. Suasana di rumah keluarganya di Gaza menunjukkan beliau berkedudukan tinggi dalam organisasi perjuangan.

4. Jurutera Berkepakaran


Menurut Khaled al-Batsh, Mossad berperanan dalam pembunuhan ilmuan dan intelektual kerana peranan golongan ini dalam memerangi Israel. Menurut Khaled, sebab inilah Israel mensasarkan Dr. Fadi. Dr. Fadi juga menunjukkan kualiti kepimpinan sebagai seorang ilmuan dan imam di kawasan kediamannya.

5. Teknologi Roket Dan Dron

Media Israel melaporkan Dr. Fadi juga pakar dalam teknologi roket dan dron. Dua teknologi ini dalam aplikasi ketenteraan menggugat keselamatan Israel. Dron milik Hizbullah dibekalkan Iran telahpun beroperasi. Palestin menyaksikan peningkatan dalam kepakaran dua bidang tersebut kebelakangan ini.

6. Zionis Hapuskan Musuh 

Dr. Fadi termasuk dalam senarai pembunuhan berprofil tinggi dipercayai dilakukan oleh Israel. Pada 2016, pakar dron Palestin, Mohammed Zawahri dibunuh di Tunisia. Pada 2013, komander Hizbullah yang juga pakar senjata dibunuh di Lubnan. Di Emiriyah Arab Bersatu pada 2010, Mahmoud al-Mahbouh, seorang pemimpin Hamas dibunuh di bilik hotelnya.

7. Persediaan Perang Besar

Israel bakal menyambut ulangtahun ke-70 penubuhannya bulan depan, bersempenanya dilaksanakan sekali pemindahan kedutaan AS ke Baitul Maqdis. Israel sedang berhadapan tentangan Hizbullah di Lubnan dan Hamas di Gaza, di samping kebangkitan mempertahankan Baitul Maqdis. Pembunuhan ini sebahagian usaha melemahkan penentangnya yang dijangka akan bertindak terhadap Israel. – Mynewshub.cc

Kategori