Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Sebab Pemandu ‘Selfish’,...

DEGIL dan hanya mementingkan diri sendiri... Itu keadaan yang dapat digambarkan menerusi sebuah video,...

Thailand Mahu Tarian ‘Nora’...

BANGKOK - Kabinet Thailand semalam meluluskan cadangan Kementerian Kebudayaan untuk menjadikan tarian rakyat...

SPRM Panggil Pemilik Syarikat...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM akan memanggil semua pemilik syarikat...

Kes Thaqif: Pembantu Warden...

KOTA TINGGI - Seorang pembantu warden sebuah madrasah tahfiz yang ditahan reman sejak...

7 Projek Infrarakyat Jadikan Mersing Hab Pelancongan

MERSING — Tujuh projek InfraRakyat yang dilancarkan kerajaan negeri Johor dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) hari ini diharap dapat mengubah wajah daerah itu kepada pusat pelancongan serantau.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata semua projek itu merupakan komitmen jitu kedua-dua pihak untuk memastikan Mersing mengalami pertumbuhan ekonomi sama seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur dan lain-lain.

Beliau berkata menerusi usaha itu, Mersing juga diharap boleh membangun dengan lebih hebat daripada pulau-pulau pelancongan lain di negara ini termasuk Langkawi.

Katanya projek berkenaan meliputi pembangunan Lembah Tenusu di Jemaluang yang akan dibina tahun ini dengan kos RM70 juta.

“Projek itu dijangka dapat menghasilkan empat juta liter susu segar menjelang 2021 serta dilengkapi dengan aktiviti agropelancongan,” katanya semasa berucap melancarkan Inisiatif Pembangunan Daerah Mersing di Jeti Pantai Penyabong di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata sebuah taman pemprosesan ikan bersepadu Endau-Mersing juga akan dibina dengan kos RM26.5 juta dalam tempoh sama bagi memberi kemudahan kepada nelayan tempatan yang terlibat dalam industri perikanan hiliran seperti pengeluaran keropok ikan dan lain-lain.

Lima projek lagi adalah pembinaan chalet dan usaha menaik taraf rumah penginapan bagi Kampungstay Air Papan dengan peruntukan RM15 juta; menambah baik jeti Sungai Jemaluang dengan kos sebanyak RM1 juta; membangunkan pusat pelancongan Tanjung Penyabong; menaik taraf Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Tenggaroh serta melengkapkan persimpangan Tenggaroh ke Tanjung Leman dengan lampu jalan.


Bagi merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi di kawasan itu, beliau berkata kerajaan negeri bercadang membina projek persimpangan bertingkat dan jambatan Mersing bernilai RM170 juta.

“Cadangan telah pun dibincangkan dengan ECERDC dan mereka memberi jaminan akan menjadikan ia keutamaan dalam senarai projek.

“Selepas pilihan raya umum nanti, kita akan dapatkan persetujuan kerajaan pusat,” katanya. – BERNAMA

Kategori