Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Maureen Pemenang Asia’s Next...

FINALIS Filipina, Maureen Wroblewitz memenangi program realiti pencari model Asia's Next Top Model...

Jemaah Perlu Bersabar Dugaan...

MAKKAH - Jemaah haji perlu menerapkan nilai kesabaran yang tinggi terhadap segala bentuk...

Pembangkang Main Isu Secara...

TEMERLOH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar tindakan...

Enam Poliklinik Buat Veteran...

JITRA – Kementerian Pertahanan akan membina enam poliklinik khas untuk bekas anggota dan...

7,041 Polis Bertugas Sepanjang PRU14 Di Sarawak

KUCHING – Seramai 7,041 pegawai kanan dan anggota polis akan bertugas sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Sarawak, kata Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Seri Amer Awal.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, seramai 4,866 pegawai kanan dan anggota akan ditugaskan pada hari penamaan calon di 31 pusat di 24 daerah di negeri ini esok.

Katanya bagi melicinkan perjalanan pilihan raya, kesemua pegawai dan anggota tersebut telah mula bergerak ke lokasi masing-masing bermula pagi ini.

“Polis juga bersiap sedia dengan menempatkan 43 unit Light Strike Force (LSF) dan 38 pasukan siasatan daerah serta 32 pasukan cantas (bagi menangani isu-isu jenayah) di seluruh negeri bagi menghadapi apa sahaja keadaan sepanjang tempoh pilihan raya. Unit Udara Polis juga akan digerakkan untuk melihat keadaan persekitaran,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak, DCP Datuk Dev Kumar dan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sarawak, SAC Datuk Zamani Hamdan.

Mengulas mengenai hari penamaan calon esok, Amer berkata polis menjangkakan ramai penyokong parti akan hadir terutama di kawasan dikategorikan sebagai ‘flash point’ dan meminta mereka supaya mendengar arahan anggota polis bertugas bagi memastikan keadaan lalu lintas di kawasan pusat penamaan tidak terganggu.

“Setakat ini di Sarawak tiada kawasan dikategorikan sebagai ‘kawasan panas’, namun begitu ada kawasan dipanggil ‘flash point’ iaitu kehadiran masyarakat dalam jumlah yang ramai hingga boleh menggugat ketenteraman awam. Sebagai contoh berkumpul hingga boleh menghalang pergerakan serta lalu lintas di kawasan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Amer berkata polis telah meluluskan 16 permit ceramah yang dimohon oleh parti politik yang bertanding bagi tempoh 7 April hingga hari ini (27 April).


“Semua permit telah diluluskan oleh Ketua Polis Daerah melibatkan kawasan Kuching (dua), Saratok (satu), Padawan (sembilan), Lawas (satu), Kapit (satu), Dalat (dua).

“Kami minta wakil parti untuk memohon permit lebih awal supaya pihak polis boleh mengatur lalu lintas, memastikan ceramah tidak bertembung antara parti bertanding serta ceramah mengikut waktu ditetapkan.

“Polis tidak mempunyai masalah untuk meluluskan setiap permohonan permit sekiranya semua peraturan dipenuhi,” katanya.

Sementara itu, Dev berkata polis akan memantau perjalanan pilihan raya berdasarkan beberapa akta dan peraturan seperti Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dan Akta Penerbangan Awam 2016. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PRU14

Kategori