Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Huawei Technologies Lantik CEO...

KUALA LUMPUR - Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global, Huawei Technologies...

PRU15: Calon PH Di...

SUNGAI BULOH : Calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Sungai Buloh, Datuk R...

Majikan Boleh Bantu Pekerja...

KUALA LUMPUR - Majikan boleh memainkan peranan penting membantu pekerja mereka menangani stres...

Mandat Baharu Biodiesel Akan...

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan memperkenalkan penggunaan biodiesel B7 untuk sektor industri serta...

73 Usahawan Belia Bera Terima Motosikal Percuma

BERA – Seramai 73 usahawan belia daripada daerah ini menerima motosikal percuma di bawah program Mobilepreneur oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi menjalankan perniagaan dan perkhidmatan secara bergerak.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemberian itu melibatkan peruntukan RM10,000 seorang meliputi RM5,000 bagi motosikal, RM4,000 bantuan peralatan dan RM1,000 bagi kursus dan latihan, yang diharapkan dapat meningkatkan pendapatan mereka.

“Itu adalah peruntukan bagi tahun 2017. Pahang ada 308 penerima dan hari ini adalah penyerahan motosikal bagi fasa pertama dan bagi fasa kedua akan dibuat nanti.

“Manakala bagi 2018 pula akan melibatkan 1,000 penerima bagi seluruh Malaysia, bagi Pahang kita tidak pasti lagi berapa yang akan terima,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Karnival Usahawan Desa di Bera (KUD@Bera) di sini, hari ini.

Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera berkata penyerahan motosikal pada hari ini melibatkan usahawan belia yang terlibat dalam 12 sektor termasuk gunting rambut, kecantikan, membaiki perkakas elektrik dan sebagainya.

Program KUD@Bera diadakan selama empat hari bermula Khamis lepas dan disertai 69 usahawan daripada daerah Bera.

Sementara itu, seorang penerima motosikal Mobilepreneur, Siti Nurhidayu Mt Akhir, 30, berkata beliau berharap pendapatannya akan meningkat selepas menjalankan perkhidmatan menggunting rambut menggunakan motosikal yang diterima hari ini.


“Saya harap dapat tambah pendapatan dan keluar daripada kumpulan B40,” katanya yang telah 12 tahun menjalankan perkhidmatan gunting dan penjagaan rambut.

Siti Nurhidayu berkata sebelum ini beliau hanya menyewa di sebuah spa kecantikan dan selepas ini ingin menyediakan perkhidmatannya itu ke rumah pelanggan terutama warga emas.

R. Kalai Chelvi, 27, yang menjalankan perkhidmatan rekaan grafik berkata sebelum ini beliau susah untuk menerima pelanggan kerana mereka terpaksa datang ke kedainya.

Namun selepas menerima motosikal ini beliau berharap untuk meningkatkan jumlah pelanggan dan seterusnya meningkatkan pendapatannya.

“Sekarang hanya ada dua atau tiga pelanggan sahaja sehari.Saya berharap selepas ini pendapatan akan meningkat dua kali ganda,” katanya. – BERNAMA

Kategori