Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Raja-Raja Melayu Mahu Mekanisme...

KUALA LUMPUR - Raja-raja Melayu berpendirian mekanisme semak dan imbang antara pelbagai cabang...

KPKT Rangka Akta Bagi...

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka satu akta...

Semua Pusat Pemindahan Banjir...

BALING - Semua enam pusat pemindahan mangsa banjir telah ditutup dan 109 mangsa...

Russia Tawan Pulau Di...

MOSCOW: Tentera Russia menawan Pulau Zmiinyi Island di Laut Hitam, di mana 82...

Abdullah Fahmi, Suhailah Dinobat Johan Tilawah

PUTRAJAYA – Qari Kelantan, Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri dan qariah Melaka, Suhailah Zulkifly, ma­sing-masing dinobatkan sebagai johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan yang menutup tirai, malam ini.

Kedua-dua mereka dipi­lih sebagai pemenang dengan pungutan markah keseluruhan tertinggi bagi qari sebanyak 87.5 peratus dan qariah 84.34 peratus pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1439/2018M di Kompleks Islam Putrajaya, di sini.

Johan qari dan qariah membawa pulang wang tunai RM15,000, tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan fardu haji, piala iringan dan sebuah kereta Proton Ertiga.

Penyampaian hadiah kepada pemenang kategori lelaki disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala kategori wa­nita disampaikan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isterinya, Datin Seri Fatmawati Saidin serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Sementara itu, qari Melaka Azraie Abd Hak dan qari Perak, Dr Anuar Hasin, masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga dengan pungutan markah 86.67 dan 86.66 peratus.

Bagi kategori wanita pula, tempat kedua menjadi milik qariah Selangor, Nor Ruzana Natiah Jaafar (84 peratus) manakala tempat ketiga dimenangi qariah Terengganu, Norhidayah Abd Rahman (83.66 peratus).

Bagi hafazan kategori juzuk 1-30 berserta tafsir, johan lelaki dimenangi hafiz Selangor, Muhammad Amir Ikmal Khairul Anuar dengan mencatat 96.36 peratus manakala kategori wanita diungguli hafizah Wilayah Persekutuan, Siti Nadhira Mohd Shafie (96.46 peratus).


Johan hafazan juzuk 1-20 pula dimenangi hafiz Perak, Muhammad Dzulfaqor Mohd Zaine (98.19 peratus) dan hafizah Negeri Sembilan, Siti Najihah Zamri (96.51 peratus) manakala johan kategori juzuk 1-10, ma­sing-masing milik hafiz Wilayah Persekutuan, Sheikh Muhammad Aiman Hafiy Hishamuddin (98.74 peratus) dan hafizah Johor, Siti Nurhidani Mohamad Dun (98.29 peratus).

Johan lelaki dan wanita kate­gori utama hafazan juzuk 1-30 membawa pulang wang tunai RM15,000, tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan fardu haji, piala iringan dan sebuah kereta Perodua Axia.

Kelantan dipilih sebagai johan keseluruhan tilawah manakala johan keseluruhan hafazan diungguli Johor.

Majlis yang bermula 1 April lalu itu menghimpunkan 28 peserta bagi tilawah, melibatkan 14 qari dan 14 qariah, serta 79 peserta bagi pertandingan hafazan. – BERNAMA

Kategori