Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cari Tapak Sesuai Untuk...

IPOH - Kerajaan Perak masih mencari tapak yang sesuai untuk pembinaan lapangan terbang...

TH Kenal Pasti RM19.9...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) sudah mengenal pasti aset yang tidak...

Penganggur Didenda RM2,200 Cederakan...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencederakan seorang lelaki berperwatakan wanita, seorang penganggur didenda RM2,200...

Azza Elite Minta Netizen...

JIJIK...itulah reaksi pelakon, Azza Elite terhadap mesej berbaur lucah yang diterimanya melalui laman...

Agong Mahu UiTM Fokus Penyelidikan Berimpak Tinggi

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bertitah menasihati warga dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) supaya memberi fokus kepada aktiviti penyelidikan yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat.

Baginda bertitah warga UiTM perlu memanfaatkan sumber, kepakaran dan pengalaman yang ada bagi mengoptimumkan keupayaan masing-masing demi kepentingan negara.

“Anggota akademik UiTM perlu terus meningkatkan aktiviti pemerolehan geran penyelidikan sama ada dari dalam negara mahupun antarabangsa. Apa jua penyelidikan yang dilakukan haruslah memberi impak positif dan memberi manfaat terhadap kehidupan sejagat masyarakat di luar sana,” titah baginda pada Istiadat Konvokesyen Ke-88 UiTM di kampus induknya di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub dan Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Seramai 25,886 graduan akan menerima anugerah masing-masing dalam konvokesyen yang bermula hari ini sehingga 29 April depan di 12 buah kampus UiTM seluruh negara.

Pada istiadat berkenaan, Sultan Muhammad V juga menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan dan pencapaian UiTM dalam pelbagai aspek.


“Syabas beta ucapkan kepada UiTM kerana mengambil inisiatif dengan memandang ke hadapan melalui pelbagai agenda dan usaha yang dilakukan.

“Beta yakin UiTM mampu mengekalkan reputasi graduan yang dilahirkan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi, berkualiti serta memenuhi keperluan skil dan pengetahuan masa kini,” titah baginda. – BERNAMA

Kategori