Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penjelajah Gua Terperangkap Lebih...

MERSIN: Pasukan penyelamat bersiap siaga untuk membawa keluar seorang penjelajah gua warga Amerika...

“Saya Maafkan Semua Orang”

AIR mata kesyukuran mengiringi khabar gembira buat seorang pendakwah bebas sebaik disahkan negatif...

Wartawan Hiburan Veteran Mama...

WARTAWAN hiburan veteran yang dikenali ramai, Mama Juwie menghembuskan nafas terakhir  jam 10.30 malam...

Penjawat Awam Wajib Ambil...

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin dan perlu...

Agrobazaar Rakyat 1 Malaysia Majukan Usahawan Wanita

LANGKAWI – Projek AgroBazaar Rakyat 1Malaysia (ABR1M), bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mencapai matlamat apabila ramai usahawan yang menyertai projek itu berjaya mencatat peningkatan jualan sehingga meraih keuntungan berlipat ganda.

Kejayaan itu turut dirasai usahawan wanita melalui ABR1M, projek yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Najib pada 3 April 2015 dengan menaik taraf premis runcit milik usahawan bagi menawarkan produk makanan segar hasil pertanian yang dijual terus daripada pengeluar kepada pengguna selain menjual barangan runcit harian pada harga berpatutan.

Projek itu adalah antara langkah kerajaan mengurangkan kos sara hidup rakyat bagi bahan makanan sejajar dengan objektif Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mentransformasikan sektor peruncitan menjelang 2020.

Antara penerima faedah projek itu ialah Rosnani Mustafa, 42, pengusaha kedai runcit di pekan Kuah, di sini, yang membuka perniagaan runcit secara kecil-kecilan selama hampir tujuh tahun sebelum menyertai projek ABR1M.

Ketika ditemui Bernama, Rosnani berkata FAMA banyak memberikan nasihat dan bimbingan untuk menaik taraf premis runcit asal hingga mampu bertukar wajah menjadi lebih seragam dengan susun atur moden yang memenuhi selera pelanggan.

“Saya terima bantuan program ABR1M pada 2015. Sebelum itu, perniagaan saya pernah mengalami masalah yang teruk dari segi pendapatan dan bekalan.

“Sekarang, Alhamdulillah, banyak telah berubah dan kedai ini telah maju,” kata Rosnani yang kini menjadi contoh usahawan gigih dan menjadi ikutan dalam kalangan peniaga kecil wanita masyarakat setempat.

Menurutnya antara bantuan yang diterima menerusi projek itu ialah rak barangan serta peti sejuk untuk menyimpan hasil laut selain jaminan bekalan mingguan terdiri daripada minyak masak, bawang merah dan telur yang dibekalkan FAMA melalui pusat operasi di Alor Setar.

“Ada juga nelayan dan penduduk tempatan yang menjual hasil mereka terus ke kadai runcit saya seperti Makcik Azizah (Azizah Hashim, 56), yang menjual daun pandan dan ulam-ulaman,” kata Rosnani yang mengakui kedainya menjadi pilihan kalangan penduduk kampung dan nelayan tempatan bagi menjual terus hasil mereka.

“FAMA banyak mengubah nasib saya dalam bidang perniagaan melalui ABR1M,” katanya ketika mengenang kembali permulaan penglibatannya dengan FAMA.


“Saya mengharapkan ramai wanita-wanita di luar sana jangan malu, jangan segan untuk bertemu dengan agensi kerajaan seperti FAMA dan mengambil peluang yang disediakan untuk menjadi usahawan yang berjaya,” katanya.

Ketika ditemui, Nurul Ain Che Hamzah, 32, dari Pulau Tuba, iaitu antara pembekal utama hasil laut kepada Rosnani, berkata dia menghantar hasil laut tangkapan keluarganya ke kedai runcit Rosnani sebanyak tiga kali seminggu, dengan setiap penghantaran sebanyak 100 kilogram.

“Saya lebih suka menghantar sendiri hasil laut seperti ikan, udang dan ketam terus ke kedai ABR1M milik Kak Rohani sebab dapat mengelak orang tengah dan harga pun berpatutan,” kata Nurul Ain.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Peruncitan FAMA, Abd Rahman Mahmood berkata daripada sejumlah 108 usahawan kedai runcit ABR1M di seluruh negara, lapan daripadanya beroperasi di Kedah dengan empat premis dimiliki usahawan wanita.

Beliau yang turut hadir pada pertemuan itu berkata kejayaan Rosnani boleh dijadikan contoh kepada wanita lain untuk menceburi bidang keusahawanan.

Menurutnya FAMA bersedia membantu usahawan kedai runcit khususnya golongan wanita untuk meningkatkan pendapatan dan sewajarnya kejayaan Rosnani dijadikan pendorong semangat untuk wanita maju menceburi bidang keusahawanan bagi membiayai keluarga masing-masing.

“Kita boleh lihat peningkatan usahawan kita seperti Rosnani apabila sebelum menyertai ABR1M, hasil jualannya adalah RM165,000 sebulan, namun selepas menyertai projek ini kira-kira RM257,000 sebulan,” katanya. – BERNAMA

Kategori