Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kenderaan Tertimbus Dalam Insiden...

IPOH : Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Seksyen 27 hingga Seksyen...

Peminat Dakwa Syafiq Kyle...

PELAKON drama Mencintaimu Mr Photographer, Syafiq Kyle mengaku terkejut dengan dakwaan sesetengah pihak...

Pelajar Didakwa Sebabkan Kematian...

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di...

Nelayan Temui Mayat Kanak-Kanak...

MEDIA Indonesia Kompas.com melaporkan nelayan di perairan Maradapan, Kalimantan Selatan telah menemui satu lagi...

UK Gesa Sekatan Senjata Ke Atas Myanmar

LONDON – Ahli Parlimen Britain menggesa sekatan senjata lanjut dilaksanakan ke atas Myanmar dalam usaha menangani penganiayaan terhadap minoriti Rohingya di negara itu.

Ada kira-kira 800,000 etnik Muslim Rohingya tinggal dalam kem di Bangladesh selepas lari dari Rakhine susulan gelombang keganasan dicetuskan tentera Myanmar sejak 25 Ogos 2017.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata bulan lalu, layanan ke atas kumpulan minoriti itu bersamaan pembersihan etnik ketika pasukan keselamatan terus membunuh Rohingya, membakar perkampungan serta menculik dan merogol wanita dan gadis dalam usaha mengusir mereka keluar dari negara terbabit.

Ahli Parlimen Buruh untuk Warrington North, Helen Jones, berkata ini adalah masanya buat United Kingdom (UK) dan masyarakat antarabangsa melakukan lebih lagi bagi menamatkan keganasan dan membawa penjenayah ke mahkamah antarabangsa.

“Kita kelihatan teragak-agak untuk mengumpul bukti terhadap apa yang berlaku,” katanya seperti dilaporkan Arab News ketika perdebatan jawatankuasa terpilih semalam bagi membincangkan petisyen ditandatangani anggota awam UK menggesa tindakan lebih termasuk sekatan ke atas Myanmar.

Katanya, UK menghantar beberapa penasihat ke Bangladesh bagi membantu mengumpul maklumat mengenai apa yang berlaku terhadap Rohingya.

“Di mana masyarakat dunia yang lain? Memang benar, sejajar masa kerajaan menggelengkan kepala dan berkata tidak lagi. Itu belum mencukupi. Kami berkata, selepas Bosnia, kami berkata selepas Rwanda. Kita terus mengatakannya.

“Tidak cukup bagus untuk meminta Burma (Myanmar) menyiasat sendiri, mereka sudah membebaskan tentera daripada sebarang jenayah,” katanya.


Jones berkata, ‘amat terdesak’ untuk memberi lebih tekanan ke atas Myanmar bagi menerima satu siasatan bebas terhadap apa yang berlaku, memetik laporan pasukan keselamatannya sudah meratakan perkampungan dan memusnahkan bukti potensi.

“Saya berharap kerajaan UK akan mengatakan dengan jelas, PBB berhak merujuk Myanmar ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC),” katanya.

Katanya, sekatan kewangan ke atas Myanmar juga membantu meningkatkan tekanan ke atas kerajaan bagi membenarkan siasatan.

Ketika Kesatuan Eropah (EU) sudah melaksanakan embargo senjata, Jones berkata, ada keperluan untuk satu ’embargo dunia terhadap penjualan senjata kepada Myanmar.’

MP Konservatif dan wakil perdagangan ke Myanmar, Paul Scully berkata, beliau juga menyokong penggunaan sekatan ‘sasaran’ ke atas syarikat berkaitan tentera. – Agensi/myMetro Online

Kategori