Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lebih 2 Juta Kenderaan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2.14 juta kenderaan memenuhi lebuh raya pada Ahad, di...

Ikrar Dedah Penyelewengan Jika...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berikrar mendedahkan semua salah laku dan...

Mangsa Kematian Pertama Akibat...

GUATEMALA CITY - Seorang remaja tempatan terbunuh manakala sepupunya parah ditembak ketika bermain...

GAMBAR: Ziana Zain Memukau...

WALAUPUN usianya sudahpun menjangkau 47 tahun, namun figura bernama Ziana Zain atau nama...

Ahmad Idham Tarik Nafas Lega, ‘Qhaliq’ Ditarik Keluar

PENGARAH filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menarik nafas lega apabila permohonan menarik keluar tayangan filem terbaharu arahannya berjudul Qhaliq diterima, hari ini.

Idham berkata, perkara berkenaan telah disahkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Jawatankuasa Wajib Tayang selepas beliau membuat permohonan tersebut pada Selasa.

“Saya sudah mendapat persetujuan daripada Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob dan Jawatankuasa Wajib Tayang yang saya hubungi sebentar tadi,” kata Idham dipetik Harian Metro.

Baca: Beri Laluan Kepada Dukun, Qhaliq Sedia ‘Undur Diri’

Tambah Idham, penarikan itu dibuat bukan atas dasar ‘takut’ tetapi risau akan budaya yang membenarkan dua filem tempatan ditayangkan secara serentak.

Jelasnya, ‘pertembungan’ filem tempatan boleh memberi kesan langsung kepada kedua-dua karya berkenaan hingga mengakibatkan kerugian kepada penerbit sendiri.

Dalam pada itu, Idham turut berharap sistem Skim Wajib Tayang (SWT) yang diwujudkan untuk membantu penerbit tempatan mendapat ruang tayangan pada jumlah optimum dapat diperincikan semula.


Kata Idham, menjadi tanggungjawab SWT merealisasi agenda nasional bagi membantu para penerbit yang sering ditindas pihak-pihak tertentu.

Sehubungan penarikan Qhaliq, satu tarikh khas bakal diumumkan sebaik sahaja filem Dukun tamat ditayangkan.

Pada masa sama, Idham juga menyeru semua penerbit filem dapat memberi sokongan padu kepada Dukun yang bakal bertemu penonton selepas ditangguhkan tayangan pada tahun 2006. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori