Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tak Sedar Mayat Suami...

SANGKAAN seorang isteri bahawa suaminya berada di rumah salah seorang anak mereka meleset...

Ahmad Maslan Nafi Pakai...

TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menafikan dirinya memakai jam tangan berjenama Rolex, seperti...

Rakyat Macedonia Keluar Mengundi...

SKOPJE - Rakyat Macedonia keluar mengundi hari ini sama ada untuk menukar negara...

Kenaikan Elaun Guru KAFA...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sedang meneliti permintaan untuk menaikkan elaun guru Kelas...

Ahmad Zahid Ziarah Timbalan Pengerusi Tetap UMNO

BATU PAHAT – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluangkan masa menziarahi Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Tan Sri Mohamad Aziz di kediamannya di Parit Raja, dekat sini.

Beliau yang tiba kira-kira 1.10 tengah hari itu disambut Mohamad dan isterinya Puan Sri Azizah Zakaria dan meluangkan masa kira-kira sejam dengan mereka.

Ahmad Zahid turut dihidangkan makan tengah hari dengan menu istimewa ‘nasi ambeng’ makanan tradisi masyarakat Jawa negeri Johor.

Turut mengiringi Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd serta beberapa orang pemimpin politik setempat.

Terdahulu, Ahmad Zahid menghadiri majlis penutup Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 di Stadium Batu Pahat dekat sini.


Mohamad, 78, yang juga bekas Anggota Parlimen Sri Gading, selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur, Februari lepas. – BERNAMA

Kategori