Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Mahu Indonesia Lebih...

KUALA LUMPUR - Malaysia mahu Indonesia memberikan komitmen lebih serius dalam menangani jerebu...

Aprena Laris Selepas Berumah...

MULA aktif berlakon sejak dua tahun lalu, bakat baharu, Aprena Manrose mengakui, rezekinya...

Kenyataan Balas Que Haidar...

BARU-BARU ini kecoh apabila pelakon-pelakon senior bersuara dengan lambakan pelakon-pelakon baharu yang khabarnya...

Digelar Pencuri: Rakyat Tahu...

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhak mengeluarkan pendapatnya untuk...

Air Bertukar Merah Gemparkan Penduduk

KECOH… Misteri air parit dan longkang di Teluk Gong, Pelabuhan Klang, Selangor bertukar menjadi merah seakan-akan berdarah semalam ternyata membimbangkan penduduk setempat.

Lapor Berita Harian, keadaan tersebut terjadi berpunca daripada sisa kumbahan industri yang datang dari sebuah kilang kitar semula dan secara kebetulan memang terletak berdekatan kawasan berkenaan.

Salah seorang nelayan, Faizal Adnan, 43, berkata, beliau bimbang dengan kejadian tersebut yang boleh menghalang pencarian sumber rezeki kerana rata-rata penduduk di situ kebanyakannya hanyalah nelayan.

“Terus saya pergi siasat dari mana punca air itu bertukar jadi merah dan dapati ia mula dari kilang kitar semula ini. Kami bimbang berikutan air longkang dan parit di sini mengalir hingga ke laut.

“Penduduk di sini kebanyakannya nelayan. Kami cari rezeki dengan sumber pendapatan itu. Kami jual hasil laut kepada pembeli, sudah tentu kita bimbang akan kualiti hidupan laut yang kami jual.

“Disebabkan itu, kami kini takut untuk turun ke laut,” kata Faizal dengan nada kesal.

Aktiviti menangkap hidupan laut turut terjejas berikutan pencemaran air yang berlaku.

Manakala penduduk setempat, Husni Abu Bakar, 41 berkata, kemungkinan air yang tercemar itu boleh menjejaskan kehidupan laut sekali gus boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat.

“Kita tidak tahu akan apa yang ada dalam air itu. Adakah ia tercemar atau tidak, malah ada penduduk di sini menangkap ikan puyu dan haruan dalam parit berkenaan.


“Ini seterusnya boleh mendatangkan bahaya kepada kami penduduk di sini. Kita harap perkara ini diselesaikan dengan segera,” ujarnya.

Bagaimanapun, air di longkang dan parit sudah kembali jernih walaupun sisa-sisa warna merah masih jelas kelihatan di sebahagian laluan air di kawasan berkenaan sejak petang semalam.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Sheikh Rajesh Sheikh Ahmad, turut tinjau ke lokasi kejadian bagi mengetahui lebih lanjut masalah yang berlaku di Teluk Gong.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor sedang mengenal pasti punca kejadian dan siasat lanjut sedang dijalankan.

Ketika dihubungi jurucakap kilang berkenaan mengesahkan pihak JAS serta Majlis Perbandaran Klang (MPK) sudah membuat pemeriksaan di kilangnya sejurus mendapat aduan dari penduduk setempat. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori