Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Nahas Duke: Kanak-Kanak Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memerintahkan dua kanak-kanak yang kematian...

Malaysia Hampiri Status Negara...

WASHINGTON DC - Malaysia berada di landasan tepat bagi mencapai status negara berpendapatan...

Kartunis Bebas Bersuara Selagi...

KUALA LUMPUR - Kartunis kontroversi, Zunar sememangnya sinonim dengan karya-karya berbaur hasutan terutama...

UMNO Lakukan Gencatan Politik,...

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan bahawa...

Akses Komputer Tanpa Kebenaran, ‘Datuk’ Didakwa

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan wanita bergelar ‘Datuk’ didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengakses komputer milik seorang pengurus teknologi maklumat tanpa kebenaran bagi mendapatkan tiga fail mesyuarat Kelab Taman Perdana Diraja, tiga tahun lepas.

Datuk Gee Siew Yee, 56, anggota jawatankuasa pusat kelab itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Wanita itu didakwa tanpa kuasa telah mengakses komputer milik Brian Periera, 32, dengan niat untuk mendapatkan tiga fail mesyuarat kelab itu di Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur, di sini antara 8 pagi hingga 5 petang, pada 29 September 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 3(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duannya, jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa mencadangkan jaminan RM8,000 manakala peguam R. Ramesh Sivakumar yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan RM5,000 atas alasan anak guamnya memegang jawatan penting dalam masyarakat dan berjanji akan hadir ke mahkamah semasa sebutan dan perbicaraan kes.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi dan menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes. -BERNAMA

Kategori