Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Didakwa Dera,...

AYER KEROH - Suami isteri didakwa di mahkamah di sini, hari ini atas...

PAS Akan Bekerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - PAS memberi jaminan kerajaan Kelantan dan kerajaan negeri yang turut...

Saiful Terima Baik Keputusan...

PUTRAJAYA - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima...

Bapa Sepupu Budak Mangsa...

KOTA BHARU - Bapa sepupu yang menyebabkan seorang seorang kanak-kanak lembam kritikal akibat...

Akta Antiberita Tak Benar 2018 Selari Dengan Al-Quran

PASIR PUTEH – Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diwartakan semalam adalah selari dengan prinsip Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi berkata di bawah prinsip ‘tabayyun’, sebarang maklumat yang disampaikan perlu dikaji sebelum disebarkan kepada umum bagi mengelakkan sebarang perkara negatif yang mungkin tercetus akibat penyelewengan berita berkenaan.

ā€œSejarah membuktikan semenjak zaman-berzaman bagaimana Khalifah Uthman Ibnu Affan terbunuh kerana berita palsu yang disebarkan terhadapnya,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Basikalton Warga Pendidik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Komuniti bermula dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh ke Selising di sini, hari ini.

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diwartakan dan berkuatkuasa semalam. Warta kerajaan itu disiarkan di portal www.federalgazette.agc.gov.my Jabatan Peguam Negara.


Beliau berkata kerajaan merangka akta sedemikian selepas mempertimbangkan kemaslahatan masyarakat dan impak akibat penyebaran berita palsu.

Menyentuh PRU14, Asyraf Wajdi beliau berkata setiap pihak hendaklah mengamalkan kempen berhemah berlandaskan prinsip-prinsip Islam bagi mengelakkan gejala-gejala yang boleh membawa kehancuran kepada ummah.

Malaysia kini sedang dalam proses melaksanakan pilihan raya umum dengan hari pengundian PRU14 ditetapkan pada 9 Mei, tarikh penamaan calon 28 April, manakala tarikh pengundian awal 5 Mei. – BERNAMA

Kategori