Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tidak Hadir Majlis Yuna-Betty,...

PENGACARA televisyen sensasi, Daphne Iking menjadi bualan hangat netizen apabila dikatakan tidak hadir...

KPKT Jalankan Pendiddikan Awam...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang giat...

Harga Petrol Naik 3...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen...

Restoran Hidang Daging Manusia...

SEPULUH orang ditahan bagi membantu siasatan manakala sebuah restoran di Anambra, Nigeria diarahkan...

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 Untuk Mendidik

KUANTAN – Penguatkuasaan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya lebih berhati-hati dan menyemak kesahihan maklumat yang diterima.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Keluarga, Masyarakat dan Multimedia Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin juga menyifatkan akta tersebut ‘lahir tepat pada masanya’ memandangkan kecanggihan media sosial pada masa ini, menyebabkan masyarakat menerima terlalu banyak maklumat.

Justeru, beliau berkata masyarakat tidak seharusnya melihat pelaksanaan akta itu sebagai suatu cubaan kerajaan untuk menghalang hak kebebasan bersuara kerana mereka masih boleh berbuat demikian selagi fakta itu sahih dan dilakukan secara berhemah.

“Akta ini sebenarnya lebih untuk mendidik masyarakat supaya menyemak maklumat yang diterima mereka. Jika tidak sahih, jangan sebarkan dan lebih baik dipadamkan sahaja maklumat tersebut.

“Ia juga perlu dilihat dalam aspek yang lebih menyeluruh. Berita tidak benar ini pada kelazimannya lebih menimbulkan rasa panik dan berbentuk fitnah…dengan adanya akta ini, dapat mengelak kejadian seperti itu daripada berlaku di masa hadapan,” katanya.

Shahaniza berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Pahang bersama Warga Kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Berasaskan Kebajikan di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob diwakili Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Industri Asas Tani negeri Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif.

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diwartakan pada 11 April lalu dan memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun dan denda maksimum RM500,000, jika sabit kesalahan.


Dalam perkembangan lain, Shahaniza berkata pada tahun ini, JKM Pahang menerima peruntukan RM94.1 juta daripada kerajaan Persekutuan manakala kerajaan negeri menyalurkan RM15.4 juta untuk membantu golongan yang memerlukan.

Beliau berkata 10,473 orang kelainan upaya (OKU) pula menerima bantuan berjumlah RM42.4 juta, terdiri daripada mereka yang bekerja, bantuan pesakit terlantar dan OKU tidak bekerja.

“Pada tahun ini juga, setakat ini 7,721 ibu tunggal, anak yatim dan keluarga miskin menerima bantuan berjumlah RM14.32 juta. Kerajaan juga menyediakan pelbagai bentuk bantuan termasuk kemahiran kepada mereka yang layak.

“Ini adalah inisiatif kerajaan untuk membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi dan seterusnya keluar daripada kemiskinan. Kita juga memperhebatkan program mengesan dan mencari mereka yang memerlukan bantuan,” katanya.

Shahaniza berkata pihaknya turut menggalakkan pemimpin masyarakat untuk memaklumkan jika terdapat golongan perlu dibantu, kerana terdapat juga mereka yang tidak mengetahui saluran tepat untuk mendapatkan bantuan. – BERNAMA

Kategori