Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Twitter Mungkin Benarkan Guna...

BUAT pengguna setia laman sosial Twitter, ini berita gembira buat anda semua!Jika sebelum...

Izzah Jamin Bawa Suara...

BUKIT MERTAJAM - Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar hari ini memberi...

Ahmad Said ‘Gila Talak’...

KUALA LUMPUR - Tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad...

42 GRO Warga Asing...

IPOH - Seramai 42 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan dalam satu...

Media Sosial Bukan Gambaran Tepat Sokongan

ALOR SETAR – Perang politik di media sosial dilihat kian membahang menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada 9 Mei. Laman maya itu yang rata-ratanya didominasi golongan muda menjadi medan hangat dalam mempertahankan parti pilihan masing-masing.

Dengan media sosial dijadikan platform utama untuk kempen secara bebas oleh penyokong parti, ada juga telahan liar pihak-pihak tertentu bahawa parti mereka telah mendapat sokongan untuk menang di sesuatu kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun penamaan calon hanya akan diadakan pada 28 April ini.

Namun, bagi golongan muda di negeri ini apa yang dilihat dan didengar di media sosial bukanlah gambaran sebenar kemampuan sesuatu parti untuk menang, yang sebenarnya hanya akan ditentukan pada hari pengundian 9 Mei nanti.

Zulhadi Zulkarnain, 35, anggota Persatuan Belia Tempatan Kubang Pasu, berkata situasi di media sosial bukanlah kayu ukur yang tepat sebagai justifikasi bahawa golongan muda tidak lagi menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada kerana realiti kehidupan di dunia nyata, yang lebih wajar diambil kira.

“Setiap perkongsian di laman sosial bukanlah menggambarkan keseluruhan realiti kehidupan. Di Facebook misalnya, sesiapa sahaja boleh dengan lantang menyatakan mereka tidak sokong kerajaan atau berpihak kepada pembangkang.

“Hakikatnya adakah orang itu layak mengundi? Atau mungkin hanya berperanan sebagai ‘cyber trooper‘ (pejuang siber) pembangkang? Dan banyak lagi kemungkinan lain. Sebagai anak jati Kedah saya melihat belia negeri ini cukup sedar bahawa keselesaan hari ini adalah hasil keprihatinan kerajaan sekarang,” katanya kepada Bernama.

Zulhadi yang aktif berpersatuan serta terlibat aktiviti kesukarelawanan berkata golongan muda amat teruja dengan Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang menjadikan aspirasi belia sebagai antara fokus utama.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata realiti gelombang anak muda di Kedah rata-ratanya realistik dan rasional, tidak seperti yang digembar- gemburkan di media sosial.

“Tidak adil jika pemerhatian berdasarkan perang di media sosial menjadi asas manifestasi keseluruhan sokongan belia terhadap kerajaan. Saya yakin belia Kedah positif dan optimis, malah tidak mudah dipengaruhi sentimen hasutan seperti amalan pembangkang.

“Anak muda bijak melihat dan menilai apa yang kerajaan boleh bagi dan sumbangkan kepada mereka, tambahan pula manifesto Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya yang memberi jaminan terhadap orang muda,” katanya.


Shaiful Hazizy mengingatkan kira-kira 500,000 pengundi anak muda di negeri ini agar membuat pilihan bijak serta membezakan antara janji kosong demi menaikkan populariti dengan manifesto sebuah kerajaan yang stabil dan telah memiliki rekod pencapaian cemerlang dalam memacu kesejahteraan negara.

Walau apa pun dakwaan terhadap kerajaan termasuk kerajaan Kedah, golongan muda di negeri ini masih menaruh keyakinan terhadap kerajaan yang ada.

Naib Setiausaha Pertubuhan Belia Hindu Cawangan Taman Bestari, Kulim T. Mones Natchia Rubini, 28, berkata kebanyakan belia penganut Hindu mahu menyahut cabaran 30 tahun akan datang bersama kerajaan hari ini demi melihat aspirasi mereka menjadi kenyataan.

“Acuannya kerajaan sudah sediakan, justeru itu kita (belia) perlu berganding bahu dalam memastikan hasrat berkenaan terlaksana dengan jayanya. Sebagai seorang guru dan pernah menjadi pengarah bagi program TN50 di negeri ini, saya melihat kerajaan amat telus serta komited dalam menjayakan perancangan masa depan demi untuk kesenangan generasi seterusnya,” katanya.

Setiausaha Persatuan Belia Siam Kura Sik, Som Jing Soom Nik, 31, berkata kerajaan hari ini diyakini akan membawa lebih banyak penambahbaikan demi kepentingan semua serta telah terbukti tidak sesekali mengabaikan golongan rakyat minoriti.

Exco Belia dan Sukan Negeri, Datuk Aminuddin Omar berkata semangat anak-anak muda di negeri ini amat terserlah dan sokongan mereka terhadap BN masih kuat dan dapat dirasai.

“Saya lihat belia di negeri ini penuh dedikasi dan bersemangat bersama-sama kerajaan untuk membawa negara ke tahap lebih cemerlang. Anak muda memasang bendera BN sebagai tanda sokongan dan terjemahan ini menzahirkan yang mereka tidak malu berusaha dalam memastikan kemenangan BN kelak,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PRU14

Kategori