Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia Anjur Maksak Asean...

IPOH - Malaysia akan menganjurkan kejohanan sukan perkhidmatan awam Asean yang pertama pada...

KPN Arah Nga Kor...

Tweet mengajak rakyat bangun menentang kerajaan yang dibuat Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor...

“Dia Anugerah Terindah Daripada...

SELEPAS 11 bulan melayari bahtera rumah tangga penyanyi, Datuk Jamal Abdillah akhirnya memperkenalkan...

11 GRO Warga Asing...

GEORGE TOWN - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan sembilan wanita warga Vietnam dan...

Akui Kesilapan Besar, Zuckerberg Mohon Maaf

WASHINGTON – Ketua Eksekutif Facebook Inc., Mark Zuckerberg, memohon maaf kepada Kongres dan mengaku rangkaian media sosial itu tidak bertindak cukup bagi elak kejadian salah guna data.

Beliau berkata, syarikatnya tidak melakukan secukupnya untuk mengelak kejadian yang memberi kesan buruk dan ia merupakan satu kesilapan besar.

“Kami gagal menjalankan sepenuhnya tanggungjawab kami. Ia satu kesilapan yang besar.

“Ia kesalahan saya dan saya minta maaf. Saya memulakan Facebook, mengendalikannya dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku,” jelasnya.

Zuckerberg berkata demikian menerusi kenyataan bertulis yang dikeluarkan Jawatankuasa Perdagangan dan Tenaga Dewan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Beliau dijadualkan memberi keterangan kepada dua jawatankuasa Kongres bagi menjawab soalan berhubung kebocoran maklumat peribadi 87 juta pengguna, yang dikongsi secara tidak wajar dengan firma perunding politik, Cambridge Analytica.


Facebook sebelum ini berkata syarikat berkenaan bercadang memberitahu pengguna yang terjejas.

Amalan data syarikat itu kini disiasat Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS.

Zuckerberg akan menyambung keterangan di hadapan panel dewan tersebut hari ini. – Agensi/astroawani.com

Kategori