Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kisah Aneh Keluarga Anwar...

RIBUT politik yang melanda negara kita sejak tahun 1998 sehingga kini sebenarnya berpunca...

Video Bergaduh Tersebar, Balkisyh...

PELAKON Balkisyh Semundur Khan meluahkan rasa kesal apabila video pertelingkahannya bersama bekas suami...

Rombakan Kabinet Dalam Waktu...

SHAH ALAM - Desas-desus mengenai rombakan Kabinet kembali diperkatakan apabila dua akhbar berbahasa...

20 Tahun Hidup Dalam...

CHINA – Selepas 20 tahun hidup bergelumang dengan sampah sarap, akhirnya Yang Shongshi...

Ambiga Pun ‘Tumpang Sekaki’ Kritik Krisis PKR

MENGUATKAN lagi bukti berlakunya isu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), bekas pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga hari ini mengkritik PKR atas krisis pemilihan calon pilihan raya yang melanda parti itu.

Dalam sebuah tweet, bekas presiden Majlis Peguam Malaysia itu menyifatkan perbalahan parti itu sebagai “tidak masuk akal” dan “tidak boleh dimaafkan”.

“Apabila rakyat melakukan segala-galanya untuk mengatasi kekangan yang wujud bagi memastikan mereka dapat mengundi dan turut serta dalam pilihan raya, perselisihan dalam PKR ini sesuatu yang merepek!”

Baru-baru ini dilaporkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah menolak lapan nama yang dicadangkan oleh timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali, sebagai calon PKR dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Antara nama yang ditolak ialah Tian Chua dan Datuk Dr. Tan Kee Kwong, untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu dan Wangsa Maju.

Malah, Tian Chua telah mengeluarkan amaran kepada pimpinan PKR untuk berhati-hati apabila memilih calon, khususnya jika hanya memilih sekadar untuk melobi calon-calon tertentu.


Walaupun Azmin telah menafikan terdapat sebarang masalah, nampaknya terdapat kecanggungan dalam majlis anjuran parti pembangkang itu di Permatang Pauh, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sebaik sahaja Azmin naik ke pentas untuk menyampaikan ucapannya, Dr. Wan Azizah bersandar dan berbisik pada anak perempuannya, naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kemudian bangkit dan meninggalkan majlis dengan tergesa-gesa. – Mynewshub.cc

Kategori