Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

2 Rentung, Seorang Cedera...

MUAR - Seorang lelaki dan wanita rentung manakala seorang lagi cedera apabila kereta...

Calon Pemuda UMNO Terlibat...

PROGRAM pengenalan calon-calon UMNO bakal diadakan berikutan pemilihan parti di Pejabat UMNO bahagian...

Kes Mohd. Nazlan: SPRM...

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menunggu arahan lanjut daripada Jabatan...

Harga RON97, RON95 Kekal,...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal RM1.55 seliter...

Amisah Laskar Kanan Wanita Pertama ‘Sailor Of The Year’

KUALA LUMPUR – Anak kelahiran Sabah, Amisah Kuiming memecahkan tradisi apabila diangkat sebagai Laskar Kanan wanita pertama menerima pingat ‘Sailor Of The Year’ sejak 84 tahun penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Amisah, 32, anak kelahiran Kampung Tahak, Membakut, Sabah, berkata penganugerahan yang diterima sempena Sambutan Hari TLDM Ke-84 itu merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepadanya sebagai Laskar Kanan dan juga golongan wanita yang berkhidmat dalam TLDM.

“Kepada wanita jangan takut untuk cuba sesuatu pekerjaan yang mencabar dan bukan semua wanita boleh membuat kerja rutin sebagai tentera laut, buat yang terbaik.

“Disiplin semua anggota wajib kena tertinggi, cabaran tidak terduga, dalam masa kita tak sedia, kita akan dapat cabaran yang tak terjangka,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis penganugerahan pingat itu.

Laksamana Pertama Datuk Muhamad Ridzwan Abd Rahman mewakili Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin menyampaikan pingat berkenaan pada sambutan Hari TLDM Peringkat Lembah Klang, di sini hari ini.

Amisah yang kini bertugas di bahagian Sumber Manusia Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan berkata penganugerahan itu juga adalah berkat kesabarannya menempuh cabaran ketika menyertai Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT 850-1) di Lubnan selama enam bulan selain pernah berkhidmat selama setahun lapan bulan, di Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera.

Tahun lepas, Amisah pernah dianugerahkan Laskar Terbaik TLDM sempena sambutan Hari TLDM Ke-83.


Menceritakan pengalamannya dalam TLDM, Amisah berkata antara kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah ketika menyertai misi pengaman di Lubnan bila konvoi mereka berhadapan saat getir diserang penduduk tempatan dengan batu selain detik cemas ketika di tengah laut.

“Pengalaman berhadapan ribut kencang dan laut bergelora ketika berkhidmat di KLD Tunas Samudera, memang cukup mencabar bagi seorang wanita seperti saya,” katanya.

Turut menerima pingat Sailor Of The Year ialah Pegawai Waran I Mohammad Khan Mohd Newaz dan Pegawai Waran II Muhamad Aidil Othman.

Pingat berwarna keemasan tersebut dengan reka bentuk Anchor dan Boswain Coll cukup sinonim dengan TLDM. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TLDM

Kategori