SKUAD gimrama negara menamatkan kempen di Sukan Komanwel dengan penuh bergaya apabila meraih satu emas, dua perak dan dua gangsadi Pusat Sukan Tertutup Coomera, Gold Coast hari ini.
Amy Kwan paling menyerlah apabila gimnas berusia 23 tahun itu meraih emas dalam acara reben selepas mengumpul 13.200 mata pada aksi final arena tersebut pagi Jumaat dengan mengumpul tertinggi 13.200 mata.
Atlet itu menewaskan gimnas pilihan dari Cyprus, Diamanto Evripidou yang hanya raih 12.900 mata untuk berpuas hati dengan perak manakala gangsa menjadi milik seorang lagi gimnas negara, Koi Sie Yan yang dapat 12.000 mata.
Selain emas, Amy yang berusia 23 tahun itu turut menyumbang gangsa menerusi disiplin gelung hari ini manakala Sie Yan pula berjaya menyumbang dua pingat perak untuk negara dalam disiplin bola dan belantan.
Ia merupakan emas yang pertama dicapai Malaysia sejak Elaine Koon meraih emas dalam acara gelung di temasya New Delhi 2010. Terdahulu, dia meraih gangsa dalam acara gelung dengan mengumpul 13.550 mata.
Sie Yan pula himpun 13.400 mata menamatkan saingan di tangga kedua dalam acara bola, diatasi gimnas Cyprus, Diamanto Evripidou meraih emas. Dalam acara belantan, Sie Yan mengumpul 13.850 mata untuk perak.
– Agensi/Mynewshub.cc/HAA