Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Lagi Amalan Kewangan...

BANGKOK - Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa sebarang amalan kewangan yang tidak telus dalam...

Malaysia Benam Myanmar Layak...

SHAH ALAM - Malaysia mengesahkan tempat ke separuh akhir acara bola sepak Sukan...

Agong, Permaisuri Agong Lawat...

KUCHING - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

Banduan Penjara Kelantan Bayar...

KOTA BHARU – Penjara Kelantan mengumpul sebanyak RM12,922 hasil daripada kutipan bayaran zakat...

Amy Tawan Annapurna, Tapi Lain Pula Jadi Perhatian…..

BARU-BARU ini, penyanyi rock legenda, Amy Search memberitahu peminatnya di media sosial bahawa di telah menjejakkan kaki ke gunung Annapurna, Nepal dan misinya untuk menawan puncak gunung kedua terkenal itu.

Baca: Usia Bukan Penghalang, Amy Tawan Gunung Annapurna

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menggunakan platform Instagram untuk berkongsi perkembangan perjalanannya mendaki puncak gunung tersebut bersama isterinya dan rakan-rakan yang lain.

Setelah beberapa hari mendaki, Amy berkongsi bahawa dia telah berjaya dalam misinya menawan puncak gunung Annapurna dan kejayaan itu nyata membuatnya sebak dan terharu kerana berupaya melengkapkan misinya.

Pengikutnya di laman sosial berkenaan nyata kagum dengan kebolehannya mendaki gunung berkenaan biarpun usianya kini sudah mencecah 60 tahun.

Di laman sosial itu, Amy turut memuat naik satu entri di mana Amy mendedahkan dia sudah pun dalam perjalanan pulang selepas beberapa hari mendaki gunung Annapurna itu.

“Goodbye Annapurna, till we meet again in Everest Base Camp. (Selamat tinggal Annapurna, sampai kita jumpa lagi di Everest Base Camp),” tulisnya.

Goodbye Annapurna, till we meet again in Everest Base Camp

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on

Bagaimanapun, gambar yang dimuat naik vokalis kumpulan Search itu nyata menimbulkan persepsi banyak pihak apabila dia dilihat bergambar dengan sebuah tumbuh-tumbuhan yang dipercayai merupakan pokok Cannabis sativa atau lebih dikenali sebagai ganja.

Perkongsian tersebut pada ketika artikel ini ditulis telah mendapat lebih 12,600 tanda suka dan hampir 600 komen daripada netizen yang rata-rata terhibur dengan gambar yang dikongsi Amy itu.

Ia sememangnya mendapat sambutan luar biasa apabila entri lain yang dimuat naik Amy sebelum ini tidak mencecah jumlah yang diterima posting yang dibuatnya pada Rabu itu.

Netizen yang meninggalkan komen di media sosial kebanyakannya mengenali tumbuh-tumbuhan berkenaan dan bergurau dengan Amy yang nyata berani memuat naik gambar itu kepada umum.


Ada juga yang meminta Amy lebih berhati-hati bimbang orang ramai yang melihat gambar tersebut salah faham dan cuba menjadikannya sebagai satu isu.

Bagaimanapun, majoriti dari mereka secara berseloroh memanggil nama pokok berkenaan sebagai pokok ulam raja dan pucuk ubi yang mempunyai banyak khasiat.

Malah, ada juga yang menukar tagline ‘peewit’ yang sinonim dengam penyanyi berkenaan kepada ‘peeweed’ sempena gambar yang melihatkan Amy menyorok di belakang tumbuhan itu.

Perlu diingatkan di sini, gambar Amy bersama pokok berkenaan sebenarnya tidak bermaksud apa-apa dan bukanlah bermakna penyanyi itu menggunakan bahan terlarang itu.

Kebanyakan komen yang ditulis netizen juga berbaur gurauan dan bukanlah berniat mempromosikan penggunaan ganja.

Apa-apa pun, Tahniah diucapkan kepada legenda rock negara ini kerana berjaya melengkapkan misinya menawan gunung Annapurna walaupun usianya kini mencecah 60 tahun.

Bukan semua orang mampu melakukan perkara ini. Amy sememangnya luar biasa. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori