Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Tidur Atas...

MELAKA -Biarpun dikelilingi kekotoran dan bau busuk sampah-sarap, seorang warga emas dari Indonesia...

Jabatan Perikanan Tahan 26...

PARIT BUNTAR - Jabatan Perikanan Perak menahan 26 bot dan peralatan menangkap ikan...

Russia Didakwa Upah Banduan...

MOSCOW – Tentera Russia didakwa membebaskan segerombolan banduan dari penjara untuk berperang di...

Putus Dengan Emma Maembong...

KUALA LUMPUR - Pelakon Zizan Razak meminta agar diberikan sedikit ruang untuk mengulas...

Anggota Forensik IPK Pahang Maut Kemalangan

KUANTAN – Seorang anggota forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang maut setelah motosikal yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan Jalan Jabor Lama, Jalan Semambu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa Koperal Norsham Ismail, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Pemandu kenderaan MPV, Lam Seow Ming, 51, seorang pengusaha kedai makan, dan isterinya Kong Mei Fen, 43, mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan.

Seorang lagi penumpang MPV berkenaan iaitu anak pasangan itu Wong Wei Shen, 18, tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad Noor berkata dalam kemalangan pada 7.30 pagi itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Jalan Semambu menuju ke tempat kerja di IPK Pahang.


“Bagaimanapun ketika tiba di persimpangan kawasan kejadian, tiba-tiba sebuah kenderaan pelbagai guna keluar dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan Semambu di sebelah kiri jalan lalu bertembung dengan motosikal mangsa,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jenazah mangsa dihantar ke HTAA untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Changkat Jaya, Batu Gajah, Perak. – BERNAMA

Kategori