Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Agihkan Pendapatan Liga M...

KUALA LUMPUR - Pendapatan diperoleh melalui penyiaran perlawanan Liga Malaysia (Liga M) perlu...

Operasi AirAsia Ke Bali...

KUALA LUMPUR - AirAsia meneruskan operasi biasa dari dan ke Bali dan Lombok,...

MIP Akan Tanam Lebih...

PETALING JAYA - Dalam usaha untuk mempromosi persekitaran yang lebih hijau, sejumlah 720...

Dewan Rakyat Lulus Usul...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk insiden serangan...

Anggota PPBM Bertanding Sebagai Calon Bebas Dipecat

MUAR – Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan dipecat daripada parti, kata Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata perlembagaan parti memperuntukkan mana-mana anggotanya yang bertanding tanpa kebenaran parti boleh dipecat.

“Ini satu perkara yang tak boleh kita benarkan kerana mereka sudah mengkhianati perjuangan parti.

“Mereka telah melanggar disiplin parti, apatah lagi mereka telah membuat sesuatu yang menimbulkan masalah kepada parti komponen yang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah di Bakri malam tadi.

Beliau ditanya mengenai tindakan Naib Ketua Bahagian PPBM Hang Tuah Jaya, Prof. Madya Dr. Kamarolzaman Mohd Jidi yang bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Melaka.

Dilaporkan Kamarolzaman berbuat demikian selepas kecewa tidak dicalonkan di kawasan berkenaan walaupun telah dijanjikan oleh pucuk pimpinan.


Kerusi itu diserahkan kepada PKR dan pada PRU14 ini, DUN Ayer Molek menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Kamarolzaman, Rahmad Mariman (Barisan Nasional), Jantan Abdullah (PAS) dan Farhan Ibrahim @Alias (PKR). – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori