Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Imigresen Mampu Halang Individu...

PETALING JAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mampu menghalang keluar masuk individu yang...

“Saya Bukan Khianat Hanya...

PORT DICKSON - Bekas Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah sekali...

UMNO Hormat Keputusan PAS...

KUALA LUMPUR - UMNO menghormati keputusan PAS memilih logo Perikatan Nasional untuk dipakai pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

MPN Syor Manfaatkan Bakat...

PUTRAJAYA: Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat bakat Malaysia yang berada di luar negara...

“PPBM Hantar Laporan Palsu Kepada RoS”

SUNGAI PETANI – Seorang anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini membuat laporan polis mendakwa terdapat pemalsuan dokumen berkaitan mesyuarat agung PPBM bahagian serta cawangan di Merbok yang dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Anggota PPBM Bahagian Merbok, Zulkifli Ahmad mendakwa maklumat yang dihantar oleh Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya mengenai mesyuarat agung bahagian dan cawangan parti itu kepada RoS pada 29 Mac lepas adalah palsu.

Zulkifli membuat laporan polis selepas menonton kilp video yang memaparkan Muhammad Suhaimi menghantar laporan seperti yang diminta RoS yang dimuat naik dalam Facebook rasmi PPBM.

Beliau mengesyaki apa yang dihantar Muhammad Suhaimi itu adalah laporan palsu serta menipu RoS dan anggota PPBM.

“Saya mempunyai hubungan yang baik dengan ketua bahagian PPBM Merbok, namun seingat saya, tidak pernah ada mesyuarat agung bahagian pada tahun 2017 dan saya hairan bagaimana atau perwakilan mana yang PPBM Merbok hantar ke persidangan parti hujung tahun lalu.


“Justeru memohon pihak polis menyiasat perkara ini demi keadilan kepada kami sebagai anggota parti PPBM,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini. – BERNAMA

Kategori