Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

PH Selangor Masih Gagal...

SHAH ALAM – Pakatan Harapan Selangor dilihat masih gagal memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan...

Senarai Manifesto Barisan Nasional...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan menawarkan 65 inisiatif dalam manifesto...

Aliff Aziz Dipenjara 2...

SINGAPURA - Penyanyi dan pelakon kontroversi Aliff Aziz dijatuhi hukuman penjara dua minggu...

Rentas Negeri Selepas 80%...

KUALA LUMPUR - Kelonggaran merentas sempadan daerah dan negeri akan dipertimbangkan jika 70...

Angkat Berat Raih Emas Pertama Di Sukan Komanwel

GOLD COAST – Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad muncul menjadi wira apabila meraih pingat emas pertama untuk Malaysia setelah menerrusi acara angkat berat kelas 56kg pada Khamis.

Atlet berusia 24 tahun dari Pahang itu turut memecahkan rekod Sukan Komanwel bagi disiplin snatch apabila mengangkat 117kg sebelum memastikan kemenangan apabila mengangkat 144kg dalam disiplin clean & jerk.

Catatan keseluruhan Muhammad Azroy Hazal Wafie iaitu 261kg bermakna dia turut memperbaharui rekod temasya itu dengan memecahkan catatan sebelum ini oleh Amirul Hamizan Ibrahim iaitu 260kg di Manchester 2002.

Dia yang secara kebetulan turut menyambut ulang tahun kelahirannya pada hari ini menewaskan pencabar terdekat dari India, Gururajaya, yang melakukan angkatan seberat 111kg untuk meraih perak di Arena Sukan Carrara di sini.

Sementara itu, pingat gangsa pula menjadi milik peserta yang mewakili Sri Lanka, Chaturanga Lakmal dengan angkatan seberat 114kg. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori