Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pelaksanaan MyDeposit Perlu Dipantau...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) perlu dipantau secara...

Mungkin Tambah Jumlah Jemaah...

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan untuk menambah jumlah kapasiti yang boleh...

Peguam Negara Perjelas Mengapa...

BERIKUT adalah penjelasan yang dikeluarkan pihak Pejabat Peguam Negara memperjelaskan mengapa Bekas Ketua...

Pembedahan Plastik Untuk Binatang...

TIDAK cukup dengan pembedahan plastik untuk manusia di Korea Selatan, kini menjadi trend...

Aniaya Anak Tiri, Peserta AF Dipenjara 14 Hari

DIHUKUM… Peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9, Mohammad Azri Abdullah dipenjara 14 hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini kerana dera anak perempuan tirinya.

Dia dituduh mencelup kedua-dua tangan anak tirinya itu di dalam air panas sehingga dimasukkan ke wad selama 19 hari kerana kecederaannya serius.

Hakim Norshila Datuk Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Azri, 31, yang kini berniaga kek dan pastri, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kesnya semalam dan mahkamah menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan turut memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Sejurus selepas mahkamah menjatuhkan hukuman, ibu Azri, isteri, anak-anaknya termasuk mangsa serta kakaknya yang berada di galeri awam terus meluru ke kandang tertuduh untuk memeluk Azri manakala ibunya meraung-raung sambil menarik tertuduh.

“Nanti orang pukul, nanti orang pukul dia. Jangan pergi! Jangan! Dia nak siapkan sekolah anak, dia mandikan anak, dia bagi anak makan! Orang tak tahu!,” jerit wanita itu yang hampir pitam sebelum ditenangkan anggota polis.

Pada 14 April 2017, suami kepada juara program Mentor musim kelima, Salma Andi-Asis itu mengaku tidak bersalah telah melakukan penganiayaan terhadap anak perempuan tirinya, berumur 10 tahun, dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, di sebuah pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, pada 8 pagi, 5 Mei 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, mangsa dikatakan telah mengambil coklat dan tertuduh bertanyakan mangsa, namun kanak-kanak itu tidak mengaku menyebabkan tertuduh mengambil sebuah periuk yang berisi air panas dan mencelup kedua-dua belah tangan anak tirinya itu.


Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili Azri merayu supaya anak guamnya tidak dipenjarakan dan hanya dikenakan hukuman denda atau bon berkelakuan baik atas alasan tertuduh sebenarnya seorang ayah yang baik, menyayangi dua anak tiri dan seorang anak kandungnya dan kejadian itu berlaku tanpa niat serta tidak disengajakan.

Peguam itu berkata mangsa juga mengalami masalah eczema di kedua-dua belah tangannya sejak kecil, yang menyebabkan kecederaan itu menjadi serius, bukan semata-mata kerana celupan air panas tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya V. V. Suloshani memohon hukuman pemenjaraan mengambil kira tindakan tertuduh yang telah menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kepada mangsa apabila terpaksa ditahan di wad selama 19 hari untuk rawatan dan cucian luka selepas doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan serius.

“Jika mangsa mempunyai masalah kulit, tertuduh yang telah tahu perkara itu sepatutnya lebih berhati-hati, sampainya hati (melakukan perbuatan itu),” katanya sambil menambah tertuduh juga lambat mengaku bersalah dan kes itu telah berlanjutan lebih setahun.

Azri dan Salma berkahwin pada 31 Januari 2015 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dan pada perkahwinan terdahulu, Salma mempunyai dua anak iaitu mangsa dan seorang anak lelaki . – BERNAMA

Kategori