Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tunggu Inkues, Jangan Buat...

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menasihati semua pihak supaya tidak membuat kenyataan...

Pembangkang Kutuk Kumpulan Melayu...

KUALA LUMPUR - Parti pembangkang menganggap kumpulan Melayu yang menyerang Plaza Low Yat...

Beyonce Dan Jay Z...

WALAUPUN masih belum mengesahkan dirinya sedang berbadan dua, banyak pihak mengandaikan penyanyi terkenal...

Raja Farah Terkilan Dituduh...

BAYANGKAN hati wanita mana yang tidak sedih apabila ada pihak tertentu menunding jari...

Anwar Gagal Cabar Arahan Larang Sentuh Keluarga

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya sekali lagi gagal mencabar keputusan Pengarah Penjara Sungai Buloh yang tidak membenarkannya bersentuhan dengan anggota keluarga yang melawatnya di penjara.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan Anwar dan keluarga terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman berhubung hak Anwar untuk bersentuhan fizikal dengan anggota keluarganya.

Penal tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Suraya Othman memutuskan bahawa rayuan yang dikemukakan oleh Anwar dan sembilan lagi perayu tidak mempunyai merit.

Hakim Ahmadi berkata surat oleh Pengarah Penjara Sungai Buloh bertarikh 14 Mac 2016 dalam menolak permintaan Anwar dan keluarga bagi sentuhan fizikal ketika lawatan adalah munasabah kerana ini tidak bertentangan dengan peraturan penjara.

“Surat tersebut menyatakan bahawa permintaan itu akan dipertimbangkan berasaskan kes demi kes. Justeru ini bukan tidak munasabah dan bukan tidak setimpal. Kami berpendapat bahawa rayuan oleh para perayu tidak mempunyai merit. Kami menolak rayuan tanpa sebarang kos,” kata Hakim Ahmadi.

Anggota penal membuat keputusan itu setelah mendengar hujah peguam N.Surendran bagi pihak perayu dan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang bertindak untuk Pengarah Penjara Sungai Buloh, Ketua Pesuruhjaya Penjara dan Menteri Dalam Negeri yang merupakan responden.


Selain Anwar,70, perayu lain terdiri daripada isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 65, dan empat anak perempuannya , Nurul Izzah, 37, Nurul Nuha, 34, Nurul Ilham, 30, and Nurul Iman, 27.
Turut merayu anak Nurul Izzah, Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 11, dan Raja Ahmad Harith, sembilan tahun; dan anak Nurul Nuha, Sulaimaan Mohamad Khairul dan Yahya, yang masing-masing berumur enam dan lima tahun.

Mereka memohon perintah supaya mahkamah membatalkan keputusan Pengarah Penjara Sungai Buloh pada 14 Mac 2016 yang tidak membenarkan Anwar bersentuhan dengan anggota keluarga ketika melawatnya di penjara.
Mereka mendakwa ketika pertemuan, mereka dipisahkan oleh skrin kaca dan hanya boleh bercakap antara satu sama lain menerusi telefon.

Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah meliwat bekas pegawainya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dibenarkan menerima pelawat sekali dalam tempoh tiga minggu. Anwar di jangka dibebaskan dari penjara pada 8 Jun 2018.

Dalam surat bertarikh 2 Mac 2016 yang dihantar melalui peguamcaranya kepada ketiga-tiga responden, Anwar memohon supaya dibenarkan bersentuhan dengan anggota keluarga yang melawatnya tetapi ditolak oleh Pengarah Penjara Sungai Buloh dalam surat bertarikh 14 Mac 2016. – BERNAMA

Kategori