Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Personaliti Afrika Beli Keranda...

SEORANG wanita berkongsi gambarnya membeli keranda untuk dirinya sendiri, meskipun dia belum menemui...

Jemaah Haji 1MDB Tidak...

KUALA LUMPUR - Jemaah haji yang menunaikan ibadah haji melalui tajaan di bawah...

Tendang Isteri Hingga Patah...

Batu Pahat : Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 24...

3 Cara Berkesan Tangani...

KANGAR - UMNO perlu melaksanakan tiga cara atau pendekatan yang didapati berkesan dalam...

Anwar Kata Beliau Dan Mahathir Silaturrahim

KUALA LUMPUR – Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan satu kenyataan kononnya oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dalam penjara Sungai Buloh.

Kenyataan itu antara lain menyebut kononnya Anwar menegaskan beliau menjalin persahabatan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas semangat silaturrahim.

“Pernah saya jelaskan bahawa kesediaan Mahathir menjalin persahabatan telah saya terima dengan baik dengan semangat bersilaturrahim.

“Saya musykil mengapa UMNO begitu takut dengan gabungan Mahathir dan Anwar,” kata kenyataan itu hari ini.

Ironinya, orang ramai termasuk pimpinan UMNO mempersoalkan kerjasama politik Anwar dan Mahathir ketika ini bukan kerana berasa takut.


Mereka sebaliknya mempersoalkan sama ada persahabatan itu jujur atau ia cuma satu bentuk hipokrit untuk mengaburi mata rakyat demi mendapatkan kuasa.

Kenyataan Anwar yang disiarkan itu juga menimbulkan tanda tanya bagaimana Anwar boleh berhubung dengan partinya sedangkan beliau berada dalam penjara kerana meliwat lelaki lain. – MYNEWSHUB.CC

Kategori