Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kipas Gergasi Bakal ‘Hijau’...

SEBUT sahaja nama Sahara, tentu ramai terbayangkan imej gurun panas terbesar di dunia...

Dihentam Ketiak Hitam, Coco...

JIKA dahulu remaja perempuan ini cukup 'popular' selepas videonya bercakap dengan accent mat...

Nicol Hampir Akhiri Kemarau...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, semakin mara untuk mengakhiri...

Jurulatih Penjaga Gol P...

ALOR SETAR - Jurulatih penjaga gol Pulau Pinang, Maquinshop Domingues Prep cedera selepas...

Aplikasi E-Hailing Terbaharu ‘MyCar’ Dilancar

PETALING JAYA – Warga Lembah Klang kini ditawarkan dengan satu lagi kemudahan perkhidmatan ‘e-hailing’ terbaharu menerusi pelancaran aplikasi ‘MyCar’ hari ini.

‘MyCar’ yang dibangunkan oleh Platform Apps Sdn. Bhd. bertujuan untuk seimbangkan industri ‘e-hailing’ di Malaysia selain menyediakan platform kepada pemandu untuk menjana pendapatan.

Pengasasnya, Mohd Noah Maideen berkata aplikasi yang memulakan operasi sejak 1 Februari lalu turut memberi pilihan kepada bekas pemandu ‘Uber’ selepas perkhidmatan itu bergabung dengan ‘Grab’ pada 26 Mac lalu.

“Aplikasi ini dapat membantu pemandu-pemandu untuk mendapat akses kepada permintaan pengguna dalam pasaran e-hailing yang semakin meningkat dan seterusnya menjana pendapatan yang lebih.

“Selain itu, ia juga turut seimbangkan industri e-hailing di Malaysia dan seterusnya mewujudkan persaingan sihat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya setakat ini terdapat kira-kira 57,000 pemandu berdaftar dengan aplikasi ‘MyCar’ sejak ia beroperasi pada Februari lalu.

“Daripada jumlah itu, 10 peratus daripadanya adalah pemandu wanita,” katanya.


Mohd Noah berkata sambutan yang diterima juga amat memberangsangkan apabila sejak dua bulan aplikasi ini beroperasi, sudah 5,000 penumpang menggunakan perkhidmatan ini.

Sama seperti kemudahan perkhidmatan ‘e-hailing’ lain, ‘MyCar’ kini boleh dimuat turun di mana-mana telefon pintar secara percuma.

Katanya aplikasi itu juga akan dilengkapi dengan butang SOS sebagai langkah keselamatan tambahan kepada penumpang dan pemandu sekiranya merasakan keselamatan mereka terancam.

Katanya pihaknya turut menjalankan proses pendaftaran pemandu sama seperti aplikasi ‘e-hailing’ yang lain dengan berpandukan kepada garis panduan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) seperti menyediakan dokumen pengenalan diri, geran kereta dan tiada rekod jenayah. – BERNAMA

Kategori