Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pencarum KWSP Boleh Daftar...

KUALA LUMPUR - Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih belum mempunyai...

Peluang Man City, Chelsea...

LONDON - Manchester City bertemu Chelsea pada perlawanan Perisai Komuniti, malam esok yang...

Ciplak Design Baju, Nabila...

TELINGA penyanyi Nabila Razali bagaikan sudah lali dengan segala kecaman dan kritikan netizen...

Warga Pakistan Dibunuh, Mayat...

KUALA LUMPUR – Mayat seorang peniaga jalanan warga Pakistan ditemukan tersumbat di dalam...

APMM Gagalkan Aktiviti Bom Ikan Di Semporna

SEMPORNA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Semporna menggagalkan kegiatan sebuah bot mengebom ikan di kedudukan kira-kira satu batu nautika dari Pulau Bum Bum dekat sini hari ini.

Pengarah APMM Pangkalan Maritim Semporna, Leftenan Komander Amiludin Yenggah berkata pihaknya menerima maklumat orang awam melalui MERS999 pada 12.41 tengah hari bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba kira-kira 12.50 tengah hari di lokasi kejadian, sebuah bot mencurigakan di dalamnya terdapat seorang juragan lelaki memecut laju bot dan kami mengejar sejauh satu batu ke kawasan perairan cetek.

“Juragan berkenaan bertindak terjun ke laut dengan paras kedalaman air kira-kira satu meter, sebelum melarikan diri ke kawasan paya bakau berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Amiludin berkata, pemeriksaan ke atas bot menemukan 20 kilogram ikan pelbagai jenis, lima botol kaca dipercayai mengandungi bahan letupan untuk aktiviti bom ikan serta satu pemampat udara bagi tujuan selaman.

Katanya, bot dan barang yang ditemui bernilai RM20,000 itu dirampas dan dibawa ke jeti pelancongan Semporna untuk tindakan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985.


Amiludin berkata APMM sentiasa bersiap sedia mengekang sebarang aktiviti menyalahi undang-undang di laut dan memandang serius perkara itu serta memberi amaran keras terhadap pelaku jenayah di perairan Semporna.

Menurutnya, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pusat Operasi Pangkalan Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS999. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

Kategori