Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Imbasan Suhu Badan Dilaksana...

IPOH - Jabatan Kesihatan Negeri Perak mula melakukan imbasan suhu badan ke atas...

Peniaga Online Bakhil, Tak...

DALAM perniagaan online, peniaga dan pelanggan mungkin berhadapan dengan masalah jika mereka tidak memiliki...

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Tangani...

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak...

How to Publish a...

To find rewarding penetrations, you are going to need to do a bit...

Ar Rahnu Tekun Buka Cawangan Di Kelantan, Johor

TAWAU – Ar Rahnu Tekun akan membuka dua cawangan baru di Kota Baharu dan Johor Bahru dalam tempoh terdekat, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Datuk Baharom Embi.

Beliau berkata pembukaan cawangan baru Ar Rahnu Tekun itu susulan sambutan baik masyarakat terhadap perkhidmatan pembiayaan melalui gadaian emas patuh Syariah termasuk dalam kalangan bukan Islam.

“Pembukaan cawangan Ar Rahnu Tekun adalah bagi membuka lebih peluang kepada usahawan, bakal usahawan di pedalaman dan juga di bandar untuk meningkatkan perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan Ar Rahnu Tekun Tawau di sini, hari ini.

Ar Rahnu Tekun terdapat di Shah Alam, Wangsa Maju, Sentul, Semenyih dan Alor Setar dengan pembiayaan menerusi gadaian emas melibatkan 7,395 transaksi bernilai RM16.96 juta sejak 2015 hingga 9 April 2018.

Sementara itu, Baharom berkata Ar Rahnu Tekun cawangan Tawau mula beroperasi pada 19 Mac lepas.


“Keistimewaan Ar Rahnu Tekun juga membuka peluang perkhidmatan pembiayaan cagar emas kepada pemegang pas IMM13,” kata Baharom, dan menambah cawangan Tawau disasar membiayai RM1 juta dalam tempoh tiga bulan beroperasi.

Selain pembiayaan menerusi gadaian emas, Ar Rahnu Tekun juga menyediakan perkhidmatan mencuci barang kemas serta perkhidmatan menyimpan barangan emas. – BERNAMA

Kategori