Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

MH370: Pegawai Bank, Suami...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bank dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di...

Reman Setiausaha Politik Menteri...

PUTRAJAYA - Tempoh reman enam hari Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk...

‘Cemburu’ Dengan Kemesraan Pasangan...

MESKIPUN media sosial tempatan viral dengan kisah-kisah selebriti kahwin dua, pelakon baharu cuba...

Pasport Malaysia Ranking Ke-5,...

KUALA LUMPUR - Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi...

Arab Saudi Akhiri Sekatan Tayangan Filem 35 Tahun

FILEM Black Panther bakal mengakhiri sekatan tayangan pawagam di Arab Saudi selama 35 tahun.

Ia akan menjaid filem pertama yang ditayangkan di negara itu sejak 1980-an.

Bukan sekadar tayangan, malah filem adiwira terbitan Marvel dengan jualan lebih AS$1.2 bilion, ia juga akan memecah rekod apabila berpeluang untuk mengadakan gala perdananya di negara Timur Tengah itu.

Ia merupakan salah satu pendekatan yang dibawakan oleh Putera Mahkota Mohammed Salman untuk membawa perubahan daripada amalan terlalu konservatif dalam budaya negara itu selama beberapa dekad.

Filem Black Panther bakal menjadi filem pertama yang ditayangkan di Arab Saudi selepas 35 tahun.

Menurut beberapa laporan, Disney dan rakan pengedarannyam Italia Film merancang untuk menayangkan filem pecah panggung itu di pawagam Arab Saudi pada 18 April.


Berita itu pastinya satu kejutan malah menggembirakan buat negara dengan populasi seramai 32 juta penduduk itu.

Gala perdana bagi tayangan filem tersebut dijangka diadakan di sebuah dewan di pusat kewangan King Abdullah di Riyadh. – Mirror UK/mStar Online

Kategori