Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lelaki 57 Tahun Korban...

KUALA TERENGGANU - Satu lagi kematian akibat denggi dilaporkan di negeri ini, korban...

Negara Catat 5,738 Kes...

PUTRAJAYA - Sebanyak 5,738 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan...

Penjawat Awam Perasuah Perosak...

ADA 1.4 juta penjawat awam di negara ini. Puratanya baik dan berhemah. Ini...

Beri Fokus Proses Pemulihan...

PUTRAJAYA - Pemuda Umno berpendapat Barisan Nasional (BN) tidak perlu bertanding di kerusi...

AS Tuduh Rusia Cuba Halang Penyiasat Antarabangsa

DAMSYIK – Amerika Syarikat, semalam menuduh Rusia menghalang pemeriksa antarabangsa memasuki lokasi serangan gas di Syria dan berkata sama ada Moscow atau Damsyik mungkin sudah mencemarkan bukti.

Moscow menafikan dakwaan itu dan menyalahkan kelewatan itu di atas serangan peluru berpandu diketuai AS ke atas Syria bagi membalas dendam pada Sabtu lalu.

Perdana Menteri Britain, Theresa May dan Presiden Emmanuel Macron, berhadapan kritikan daripada pembangkang masing-masing berhubung keputusan mengambil bahagian dalam serangan udara.

Syria dan Rusia menafikan dakwaan melepaskan gas beracun pada 7 April lalu ketika menyerang Douma, berakhir dengan kejayaan merampas semula kubu kuat terakhir puak penentang berhampiran Damsyik.

Pertubuhan bantuan berkata, puluhan lelaki, wanita dan kanak-kanak terbunuh.

Rakaman mangsa muda berbuih di mulut dan menangis kesakitan menjadikan perang di Syria, yang sudah meragut lebih setengah juta nyawa dalam masa tujuh tahun, kembali menjadi perhatian dunia.

Pemeriksa Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW), mengunjungi Syria minggu lalu untuk memeriksa lokasi, tetapi masih tidak dapat masuk ke Douma, yang kini dikawal kerajaan selepas pengunduran pemberontak.


“Kami difahamkan Rusia sudah melawat lokasi serangan.

“Kami bimbang ia mungkin sudah mencemarkan bukti dengan tujuan menyukarkan usaha OPCW melakukan siasatan berkesan,” kata Duta AS, Kenneth Ward, dalam mesyuarat OPCW di The Hague semalam.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, menafikan Moscow mencemarkan bukti.

“Saya menjamin Rusia tidak mencemari lokasi,” katanya kepada stesen Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). – Reuters/BH ONLINE

Kategori