Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bekas Menteri Besar Pahang...

KUANTAN - Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, 79,...

Pembinaan PPR Langkah K’jaan...

KUNAK - Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pangkalan yang dibina Kerajaan Barisan Nasional...

Militan Daesh Tawan Wanita...

MELBOURNE - Polis Australia menembak mati seorang lelaki bersenjata yang menahan seorang wanita...

Ketua Pengarang Ditembak Depan...

Jakarta - Ketua editor Fokus Lampung mingguan, Beni Faisal bin Zaenal Abidin mati...

Asyik Rasa Nasi Minyak, Sherry Pun Nak Kahwin…

SEMAKIN hari, semakin ramai selebriti tanah air telah menamatkan zaman bujang mereka bersama-sama dengan pilihan hati masing-masing.

Dalam kegembiraan pelakon Sherry Alhadad, 34, yang sentiasa tak terlepas menghadiri majlis bahagia rakan-rakan, tersimpan di dalam hatinya bahawa dia juga mempunyai impian untuk berumah tangga.

“Saya juga ada impian hendak berkahwin. Nak bina keluarga kecil sendiri, ada suami, ada anak kalau ada rezeki.

“Nak tengok anak ikut perangai siapa, saya ke bapa dia. Saya nak juga meneruskan legasi keluarga,” kata Sherry atau nama penuhnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad dipetik daripada portal mStar Online.

Usia yang semakin meningkat membuatkan wanita serba boleh itu sentiasa berfikir tentang masa hadapannya bersama bakal keluarga yang dia sendiri tidak tahu bilakah akan sampai waktunya untuk dia merasai perasaan itu.

Malah, setiap kali dia menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan, hatinya sering terusik melihat kebahagiaan orang lain.

“Kadang-kadang pergi majlis kahwin kawan-kawan atau saudara-mara nampak seronok saja kan tapi dalam hati duduk tepi sudut, rasa nak kahwin,” tambahnya.

Siapa sangka, kali terakhir Sherry menjalinkan hubungan cinta ialah pada lapan tahun lalu dan selepas percintaannya itu gagal, dia kini lebih memberi fokus kepada kerjaya sehingga tiada masa untuk bercinta lagi.

“Saya pernah melalui proses bercinta. Kali terakhir pada lapan tahun yang lalu. Selepas itu, saya hanya fikirkan diri sendiri.

“Sebelum ini, saya bersusah-payah nak masuk industri seni sehinggakan saya berusaha dan hanya fokus pada kehidupan sendiri sampai tak ada masa nak bercinta.


“Hidup kedua saya kalau bukan diri sendiri, saya dengan keluarga. Mungkin dah selesa macam itu dan tak harapkan lelaki,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Sherry juga tidak pernah jemu dan putus harapan untuk berdoa untuk dipertemukan dengan seorang jejaka bertanggungjawab yang boleh menerima kekurangan dirinya.

Sherry juga mendedahkan bahawa dia pernah didekati oleh seorang jejaka tetapi perkenalan itu tidak membuahkan apa-apa hasil.

“Tapi bila umur macam ini malas nak bercinta, kalau ada yang betul-betul ikhlas, masuk minang terus kan,” tambahnya sambil tertawa.

Kini, Sherry sedang sibuk untuk menjalani penggambaran program temubualnya berjudul The Sherry Show & Friends bagi slot hari raya pada tahun ini.

Menurutnya, program temubual itu merupakan impiannya yang selama ini hanya menjadi angan-angan tetapi kini sudah menjadi kenyaataan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori