Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rapid Penang Siasat Insiden...

GEORGE TOWN - Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang, memulakan...

Remaja Sindrom Down Ditemui...

KUALA LUMPUR - Selepas lebih 10 jam pencarian, remaja perempuan sindrom down yang...

Mukhriz Diminta Tidak Sertai...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta beredar meninggalkan...

Tanah Runtuh: Rakaman Langsung...

Hulu Selangor : Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat pertama kalinya mempertontonkan situasi operasi...

Ayam, Kucing Habis Dimandi Jadi Lebih Sihat

KUALA TERENGGANU – “Tidak kisah pandangan orang, paling penting aktiviti memandikan haiwan ini memberi kepuasan dan kegembiraan,” kata Mohd Ridzuan Mohammad.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Baruh di sini, semalam, Mohd Ridzuan, 27, berkata, dia menjadikan aktiviti memandikan haiwan ternakan sebagai terapi diri sejak dua tahun lalu.

“Saya sangat sayangkan haiwan justeru semua haiwan peliharaan termasuk ayam dan kucing akan dimandikan pada setiap hari.

“Tidak kisah apa anggapan orang sekeliling terhadap aktiviti ini, paling penting ia memberi kepuasan kepada diri.

“Saya berasa tenang apabila dapat menggosok dan memandikan haiwan peliharaan itu. Biasanya saya akan memandikan haiwan menggunakan syampu,” katanya.

Tambahnya, orang sekeliling memang berasa pelik dengan aktiviti yang dijalankan itu namun ia sudah sebati dengan hidupnya.

“Bagi saya, tidak cukup sekadar kita memberi makan dan menyediakan reban atau sangkar untuk haiwan peliharaan kesayangan itu.


“Aspek lain seperti kesihatan haiwan juga perlu dititikberatkan. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, haiwan yang dimandikan akan lebih segar dan sihat berbanding haiwan lain,” katanya.

Dia berkata, memandangkan ayam peliharaannya berharga RM1,000 dan ke atas, maka dia berasa wajar memberikan tumpuan istimewa terhadap haiwan peliharaannya itu. – myMetro Online

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori