Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Timbalan Menteri Dalam...

PUTRAJAYA - Dua Timbalan Menteri Dalam Negeri akan mengadakan lawatan kerja rasmi ke...

Lelaki Ditahan Sebar Foto...

JIJIK... Padah berkongsi gambar kemaluan di Facebook, seorang lelaki berusia 20-an ditahan pihak...

‘Bukan Sekadar Lokasi Doa...

JABAL Rahmah, satu daripada lokasi popular yang diziarahi jemaah haji Malaysia sering dikaitkan...

Suasana Perkarangan Rumah Mangsa...

PETALING JAYA - Suasana tenang di perkarangan rumah empat sekeluarga yang terkorban dalam...

Azira Enggan Bertunang, Mahu Terus Bernikah

MENGAKUI serius bersama teman lelakinya, pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz bagaimanapun tidak mahu mengikat tali pertunangan, sebaliknya mahu terus melangsungkan perkahwinan dengan buah hatinya.

Menurut anggota kumpulan De Fam itu,dia merasakan mereka tidak perlu berbuat demikian memandangkan sudah saling mengenali antara satu sama lain selama beberapa tahun.

Bagaimanapun, Azira berkata mereka sememangnya mempunyai perancangan untuk bernikah namun masih belum memutuskan dan mempunyai tarikh muktamad untuk mengadakan majlis berkenaan.

“Saya memang dalam fasa serius dengan teman lelaki, tetapi kami belum mendapat tarikh muktamad untuk berkahwin.

“Apa yang pasti, kami akan terus bernikah kerana masing-masing sudah lima tahun saling mengenali.

“Apabila sampai masanya nanti, saya pasti akan berkongsi berita gembira terbabit dengan semua. Saya mohon doakan yang baik-baik untuk kami,” katanya dipetik BH Online.

Azira turut mengakui bahawa dia buat waktu ini, dia tidak mahu terlalu berkongsi identiti lelaki yang bertakhta di hatinya itu kerana menghormati ruang peribadi teman lelakinya itu.

Lapor Harian Metro pula, Azira berkata, dia ada sesekali memuat naik gambar bersama temannya itu di laman Instagram, namun tidak mahu terlalu menunjuk dan menganggapnya sebagai privasi buat dirinya sendiri.

“Orang selalu tanya kenapa saya jarang bawa kekasih ke acara hiburan. Bukan tidak mahu tetapi dia yang menolak. Cuma, kalau ada yang perasan saya ada juga memuat naik gambar di Instagram dan berkongsi video di IG Story, namun, tidak selalu.

“Dalam perhubungan ini kita tidak tahu dalam apa akan terjadi. Semua takdir dan ketentuan Allah. Jadi, saya tak nak nanti kalau terlalu menunjuk dan bila jadi apa-apa orang akan sibuk bertanya pula. Sebab itu, saya simpan sedikit untuk privasi diri,” ujarnya.


Mengulas mengenai perkembangan terkini kariernya, Azira mendedahkan bahawa De Fam akan tampil dengan single terbaharu dalam waktu terdekat.

Jelasnya, biar pun setiap ahli De Fam rancak merencana kerjaya solo masing-masing, kumpulan berkenaan akan sentiasa bergerak teguh sebagai satu entiti dan tidak pernah berpecah.

Azira mengulas mengenai spekulasi yang timbul mengenai kumpulan yang dianggotainya bersama Cik Manggis dan Sophia Liana itu yang dikatakan sudah berkubur selepas kini jarang dilihat bersama.

‘“Ini soalan popular dan sering ditanya umum. Kami masih bersama. Memandangkan saya sudah menceburi bidang lakonan, jadi jadual kerja agak sibuk.

“Buat masa sekarang, kami dalam proses menghasilkan single terbaru. Insya-Allah selepas sambutan Aidilfitri. Kalau nak tahu, kami tidak pernah terfikir pun nak berpecah.

“Namun, kami pernah bincang kalau Manggis ada anak atau sesiapa antara kami terbabit dalam bidang lain, tidak mengapa. De Fam tetap ada,” jelasnya.

Selain berlakon dan menyanyi, Azira kini berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan apabila diberi amanah mengendalikan program Pop TV di TV9 dengan pelawak dan penyampai radio, Shuk. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori