Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Terjun Tasik Kerana...

CHINA - Ada juga perempuan mata duitan seperti ini yang sanggup terjun ke...

Isu Kerakyatan Warga China:...

SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli akan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri,...

JPJ Johor Keluar 1,509...

MUAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 1,509 saman melalui Ops Tahun...

Kegiatan Jenayah Di Hilir...

TELUK INTAN - Kegiatan jenayah termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia di Hilir Perak...

Azwan Ali Tentang Abangnya Di Bukit Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Suasana penamaan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa hari ini bertambah meriah dengan kehadiran selebriti Mohamed Azwan Ali yang tampil sebagai calon Bebas di Dewan Dato’ Ahmad Razali, dekat sini.

Adik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu menyerahkan kertas penamaan calon pada 9.25 pagi, yang akan bertanding menggunakan logo Gajah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau yang berbaju merah, serta berkaca mata hitam yang juga sinonim dengan gelaran ‘kaki swafoto’ itu turut mengambil peluang bergambar bersama calon daripada parti lain sepanjang proses penamaan calon.

“Memang pada awalnya saya berjanji untuk menelanjangkan dia, namun adalah lebih baik bila saya diterima sebagai calon kawasan ini, saya bercakap perkara-perkara yang menguntungkan rakyat di Bukit Antarabangsa,” katanya.

Azwan yang lebih dikenali sebagai Diva AA, turut dijangka menyediakan sebanyak 50,000 bekas rendang ayam dan daging untuk penyokong setia yang bakal mengundinya pada PRU-14 pada 9 Mei nanti.


Pencalonan Azwan menjadikan kerusi DUN Bukit Antarabangsa berdepan pertandingan lima penjuru apabila beliau bakal berdepan abangnya sendiri, Mohamed Azmin selain tiga calon lain.

Mereka ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang, Salwa Yunus (Barisan Nasional); Ketua Penerangan PAS Ampang, Syarifah Hazlizah Syed Ariffin dan Ahmad Kamarudin dari Parti Rakyat Malaysia (PRM). – BERNAMA

Kategori