Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Leicester Bergelut Elak Zon...

LEICESTER - Juara bertahan, Leicester semakin tergelincir ke zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris...

KJ: Rakyat Akan Terima...

KOTA KINABALU - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin percaya bahawa rakyat akan...

Kerajaan Bincang Dengan Tok...

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan berbincang dengan Tok...

Isu Video Viral Fareeda,...

BERIKUTAN tersebarnya video viral 'serangan ganas' pelanggan tudung Fareeda baru-baru ini, pelakon Fizo...

Bakal Ambil Tindakan, Lofa Enggan Komen Isu Billboard

PELBAGAI cara dilakukan beberapa syarikat perniagaan dengan mengadakan ‘bad marketing’ supaya produk dikenali ramai dalam tempoh masa singkat tanpa mengeluarkan banyak belanja.

Baca: Iklan Sindir Lofa Isu Zouk, Marketing Murahan Atau…

Justeru pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor bakal mengambil tindakan undang-udang terhadap syarikat JenamaSendiri.com yang konon ‘menasihati’ dirinya melalui ‘surat kiriman’ di sebuah billboard dekat Lebuhraya Persekutuan.

“Dia nak popular sebenarnya. Jadi tak perlu nak cakap banyak tentang isu tu, nanti diorang makin suka pula.

“Saya akan ambil tindakan tapi saya taknak bagi penjelasan lanjut sebab tujuan utama mereka pun nak popular sahaja,” katanya kepada media ketika kempen Antibuli Siber dan Berita Palsu semalam.

Tambah usahawan mudah itu lagi, kemungkinan besar syarikat berkenaan tidak mendapatkan kebenaran mana-mana pihak dan sebaliknya hanya menaikkan sahaja iklan sebegitu dengan sesuka hati.

Sebab utama mengapa pelakon drama Red Velvet itu tidak mahu bercakap banyak berhubung isu itu supaya pihak syarikat tersebut tidak merasai bahawa tindakan mereka itu telah berjaya kerana tujuan utamanya hanya untuk meraih perhatian dan popular sahaja.


Malah, billboard berkenaan turut dikritk hebat oleh para netizen yang menganggap bahawa isu pelancaran tudung usahawan berkenaan di kelab malam itu bagaikaan sudah dilupakan oleh orang ramai.

Dalam masa yang sama, mereka turut beranggapan bahawa syarikat berkenaan bagaikan terdesak sehingga menjadikan isu lapuk itu sebagai strategi pemasaran mereka.

Bagaimanapun, pihak kelab malam berkenaan turut boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat berkenaan kerana perbuatan itu telah merosakkan nama premis hiburan mereka.

Kaedah pemasaran begitu pada masa kini oleh dikatakann sebagai satu tindakan yang kurang bijak kerana sekadar mahu mendapatkan publisiti murahan melalui isu orang lain. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori