Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Siasatan Terhadap Annuar Tak...

JELI - Penggantungan tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat...

Samsung Meningkat Ke Tempat...

KUALA LUMPUR - Samsung Electronics, syarikat teknologi utama Korea Selatan dan pembuat cip...

MV Terbaru Jennifer Hudson...

MUZIK video (MV) terbaru, I Still Love You, Jennifer Hudson menunjukkan sokongannya terhadap...

Graduan TVET Dilengkapi Kemahiran...

JOHOR BAHRU - Graduan yang lahir daripada sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional...

Bapa Liwat Anak: Peguam Mohon CRT Dikemukakan

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan mewakili seorang lelaki yang dihukum penjara 48 tahun 24 sebatan atas 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun, hari ini memohon untuk meneliti transkripsi rakaman mahkamah (CRT) ketika prosiding pengakuan bersalah pada Ogos tahun lepas.

Perkara itu dibangkitkan peguam N. Rajesh dan Cyrus Tiu yang mewakili tertuduh berusia 37 tahun itu, ketika pendengaran rayuan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini.

“Rakaman CRT itu perlu diteliti bagi memastikan sama ada tertuduh mengaku bersalah bagi kesemua 623 pertuduhan yang didakwa terhadapnya.

“Saya diberitahu oleh tertuduh bahawa dia tidak faham sifat dan akibat pengakuan dan dia juga tidak dibenarkan berjumpa sesiapa pun termasuk ahli keluarganya sepanjang dia ditahan sehinggalah dijatuh hukum.

“Tertuduh juga tidak diberi peluang untuk melantik peguam ketika prosiding kes itu. Berdasarkan Perkara 5(3 ) Perlembagaan Persekutuan, tertuduh mempunyai hak mutlak untuk melantik peguam bagi membela dirinya,” kata Rajesh.

Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin bagaimanapun berkata kesemua pertuduhan itu dibacakan satu persatu kepada tertuduh pada 25 Ogos lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 16 Mei untuk menyambung pendengaran rayuan kes itu.

Pada 9 Sept 2017, Hakim Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman penjara 48 tahun dan 24 sebatan terhadap lelaki itu yang didapati bersalah atas 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak kandungnya.

Dia mengaku bersalah atas 591 pertuduhan meliwat anaknya, 30 pertuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara menyentuh anak sulungnya itu, satu pertuduhan merogol remaja itu dan satu pertuduhan melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa.

Yong Zarida memerintahkan tertuduh, seorang ejen unit amanah, menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 26 Julai 2017.


Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di bilik tidur rumahnya, di Sungai Way, Petaling Jaya sejak Januari 2017 hingga Julai 2017.

Bagi semua pertuduhan meliwat, dia dituduh melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap anak perempuannya pada bulan Januari 2017 hingga 20 Julai 2017 mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Bapa kepada tiga anak perempuan itu juga didakwa atas 30 pertuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara menyentuh anak sulungnya pada 11 Julai 2017 hingga 20 Julai 2017 mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Dia juga didakwa melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa antara 1 Jan hingga 21 Julai 2017 mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2016.

Lelaki itu turut dituduh merogol mangsa di tempat sama, pada 2 petang, 21 Julai tahun lepas mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan. Kesemua pertuduhan di bawah kanun dan akta berkenaan membawa hukuman penjara dan sebat.

Mengikut fakta kes, tertuduh pertama kali meliwat anaknya itu tiga tahun lepas.

Mangsa tinggal bersama bapanya sejak Januari tahun lalu selepas ibu bapanya bercerai dan dia memberitahu ibunya mengenai kejadian itu setelah mengetahui bapanya akan mengambil dua adiknya untuk tinggal bersama mereka dan dia takut perkara sama berlaku kepada adik-adiknya.

Laporan polis mengenai kejadian dan perbuatan lelaki itu dibuat oleh bekas isteri tertuduh pada 25 Julai tahun lepas. – BERNAMA

Kategori