KUALA LUMPUR – Memang wajar penduduk kawasan pantai timur negara Pahang, Kelantan dan Terengganu menolak Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui beliau akan menyekat Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) jika pembangkang menang.
“Tun M (Mahathir) dan PH (Pakatan Harapan) berjanji untuk batal projek ECRL ke Pahang, Terengganu dan Kelantan jika mereka menang.
“Jom orang pantai timur tolak PH pimpinan DAP,” katanya di Facebook semalam.
Semalam, Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mendakwa projek ECRL yang membabitkan pembinaan laluan rel sejauh 688 kilometer merentasi sebahagian Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan satu pembaziran.
Beliau mendakwa tidak logik untuk rakyat Malaysia sanggup menghabiskan masa 14 jam dalam kereta api dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor.
ECRL merupakan projek transformasi yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memangkin pertumbuhan ekonomi negara terutama di wilayah pantai timur apabila siap pada 2024.
Mahathir seterunya mengakui beliau secaara peribadi tidak dapat menerima manifesto Pakatan Harapan yang menyebut mahu memansuhkan Tol kerana syarikat swasta tidak akan mahu membuat lebuh raya.
Beliau turut menegaskan Pakatan Harapan tidak bercadang untuk memberi pendidikan percuma sekiranya menang PRU14 kerana perkara yang percuma akan dianggap tiada harga.
Kenyataan Mahathir itu dikecam netizen yang mengandaikan bekas Perdana Menteri berusia 93 tahun itu mungkin telah nyanyuk.
“Sebagai bekas PM tidak dia boleh fikir apa kebaikkan ECRL nanti bila dah siap? Mahathir tetap dengan sikap ego dan sombong dia sejak dulu. Sekarang Allah dah bukak satu persatu aib dia,” kata pemilik akaun Facebook Zafri Abdullah.
“Peel hudoh sngoti mamak kutty nih,” kata netizen Fizo Haron pula. – MYNEWSHUB.CC