KESIAN… Seorang bayi yang baru dilahirkan dalam masa enam ke lapan jam, kini bertarung nyawa selepas diserang oleh sekumpulan anjing liar. Tempoh 24 jam ini adalah masa kritikal untuknya.
Tali pusat masih melekat pada bayi berkenaan ketika dia diselamatkan di bandar Tacna, Peru.
Gambar-gambar yang tersebar menunjukkan bayi kecil itu berlumuran dengan darah akibat digigit anjing. Bayi tersebut digigit di muka, kepala, tangan.
“Hanya sedikit kain yang menutup badannya itu yang menyekat luka lebih dalam akibat gigitan binatang terbabit,” kata doktor.
Polis kini menyiasat siapa yang membuang bayi tersebut dan sedang mengesan ibunya. Setakat ini tiada tangkapan dilakukan. – MYNEWSHUB.CC