Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Di Sebalik Pintu Rahsia...

SERI KEMBANGAN -  Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis...

Polis Siasat Sarjan Mejar...

Johor Bahru: Polis akan menjalankan siasatan susulan video tular di media sosial memaparkan...

Dialog Untuk Bincang Harga...

LABUAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) Labuan merancang mengadakan...

Johor Wujud Pelan Induk...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Kemahiran Negeri Johor bagi...

Bekas Askar Dapat Zakar ‘Baru’ Pertama Di Dunia

BEKAS askar yang cedera akibat terkenan bom ketika berkhidmat di Afghanistan, kini menjadi penerima pertama di dunia pemindahan zakar dan skrotum, kata doktor di Hospital Johns Hopkins, New York, Amerika Syarikat semalam.

Satu pasukan yang terdiri daripada sembilan pakar bedah plastik dan dua pakar bedah urologi menjalankan pembedahan terhadap bekas askar itu yang tidak didedahkan warga negaranya, selama 14 jam pada 26 Mac lalu.

Hospital itu dalam satu kenyataan memberitahu, pasukan itu memindahkan keseluruhan zakar, skrotum tanpa buah zakar dan sebahagian dinding perut daripada penderma yang sudah meninggal dunia.

Bekas askar itu yang enggan dikenali dilaporkan semakin pulih daripada pembedahan dan dijangka dibenarkan pulang pada minggu ini.

“Kami berharap pemindahan ini akan memulihkan ke tahap hampir normal fungsi kencing dan seksual lelaki muda ini,” kata ketua pembedahan plastik dan pembentukan semula, Dr. WP Andrew Lee.


Pesakit berkenaan memberitahu, kecederaan yang dialaminya itu sangat mengejutkan dan sukar diterima.

“Apabila saya kali pertama bangun selepas pembedahan, saya rasa lebih normal dan lebih yakin,” ujarnya dalam kenyataan itu. – Reuters/myMetro Online

Kategori